AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM


Get cool stuff @ NackVision.com

Sunday, October 3, 2010

KENA TAHU NI..~


Di satu sudut kamar..

Adik : kakak, bangun kak..jom kita solat sesame..semalam ustazah ada ajar adik solat subuh..adik nak belajar dengan kakak pulak..

Kakak : Alhamdulillah.. Hurm..baiklah wahai adikku sayang! tapi, sekarang belum pon lagi masuk waktu subuh..macam mana ni adik?(mimik muka menguji..)

Adik : Tapi mak cakap kita sembahyang subuh lepas kita bangun pagi..(kecewa)

Kakak : Hm..xpela..mari kita bersuci dulu..nak tak?

Adik : Nak..nak..kakak ajar adik.. kak, bersuci tu ape?

Kakak : Ha..cikgu kat sekolah ada ajar adik ambil air sembahyang x?

Adik : Ada..ada.. cikgu cakap, kalau kita nak sembahyang, kita kena ambil air sembahyang dulu..lepas tu baru boleh sembahyang..

Kakak : Ha..ambil air sembahyang tu adalah sebahagian daripada bersuci.. Mula-mula, kita bangun tidur..kita kena basuh tangan dulu. Kemudian, baru berus gigi...................


**********


Adik : Akak, adik dah mengantuk..jomla kita tidur..~

Kakak : Jom..jom..ala..kesian adik akak sorang ni..

Adik : Akak, bilik kat sini la..(menunjukkan arah sambil menarik baju kakaknya)

Kakak : Ok! tapi adik..jom kita ambil air sembahyang dulu nak?

Adik : Ala kak...penatla..nak tido..~

Kakak : Ok..ok.. kalau macam tu, kita basuh kaki je ye..boleh kan?

Adik : ...(Mengangguk)..

*********

Lihatlah..betapa ISLAM mementingkan kebersihan. Dari bangun tidur, hingga kembali tidur. Sehingga wujud hadis yang menyebut,

" KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN"

Bila kita bersih, badan kita sihat..Bila kita sihat, badan kita kuat..Bila kita kuat, mudahlah bagi kita melaksanakan tuntutan Allah! 

"ALLAH LEBIH MENYAYANGI ORANG YANG KUAT BERBANDING YANG LEMAH"

Jadi, pokok pangkal segalanya adalah kebersihan..kerana itulah kebersihan menjadi topik pertama dalam ISLAM. Anda nampakkan?? Betapa pentingnya kita menjaga kebersihan.

*****

Sekadar tambahan ilmu juga pengingat diri ini..
Kita bersuci menggunakan air.. Ayuh kita mengenali jenis-jenis air! ^_^

1. Air Mutlak = Air yang suci lagi menyucikan

2. Air Musta'mal = Air yang telah digunakan

3. Air Mushammas = Air yang terdedah kepada matahari

4. Air Mutannajis = Air yang mengandungi najis

5. Air Mutaghaiyir = Air yang telah bertukar sifat seperti bau, warna dan rasa. 
                                     * contoh : air sirap

Air yang boleh kita gunakan untuk bersuci adalah AIR MUTLAK..

Ada ke contoh air mutlak ya??

Sudah tentulah ada! Ada 7 jenis air..iaitu :

  • Air mata air
  • Air perigi / telaga
  • Air embun
  • Air hujan
  • Air laut
  • Air sungai
  • Air salji
Ha..cukuplah maklumat ringkas buat diri ini serta kawan-kawan! (^_^)

SELAMAT BERAMAL!




link

No comments:

Post a Comment