AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM


Get cool stuff @ NackVision.com

Monday, November 8, 2010

SURAT BUAT ADIK..~






Assalamualaikum w.b.t.,

Salam sayang dan salam kerinduan buat adikku..
Akak minta maaf kerana sering memarahi dan mengherdik adik..akak sayangkan adik..sangat sayangkan adik..akak nak adik jadi insan yang baik..

Adik...
Sekalipun semua orang membenci adik..sekalipun kita tiada talian darah..sekalipun kita tidak pernah kenal sebelum ini..tapi mengertilah adik..akak sangat sayangkan kamu..akak sayangkan kamu kerana Allah..

Adik..
Akak faham..kamu menderita..kerana kehilangan insan yang kamu sayangi..justeru, kamu tidak mendapat apa yang kamu ingini..kelihatan, tiada orang yang mengasihi kamu..sedangkan kamu amat memerlukan kasih sayang mereka..

Adikku sayang..
Akak mengerti perasaanmu sayang..kamu inginkan belaian orang tuamu..kamu hendakkan perhatian mereka..tapi tiada perhatian dari mereka..

Adikku..
Itu semua pandanganmu sahaja..andai benar mereka tidak mengerti dan mengambil berat tentangmu..sudah tentu mereka tidak ambil peduli akan hal dirimu lagi..kamu akan dibiarkan begitu saja..pembelajaranmu tergendala..penginapanmu tiada..kesihatanmu tiada yang cakna..

Adik..
Tiada apa yang mampu akak beri kepadamu..hanya perhatian yang membuatkanmu bosan dan pergi.. Tapi adik, ketahuilah! Allah sentiasa bersamamu sayang..Allah sentiasa menyayangimu..Sayangilah Ia selagi kamu diberi kesempatan.


Salam Sayang,
KAKAK YANG MENYAYANGIMU...~

1 comment:

  1. Alhamdulillah..selamat menjejak tapak kat sini..ewww
    relax la adik..hehe

    baby2 sekarang lagi kesian
    tak jumpa mak ayah pun
    siap lagi kena campak rata rata
    lagi best, tak sempat nak tengok dunia..
    kejam lah manusia ni..

    ReplyDelete