"ALLAH TIDAK AKAN MENGUJI HAMBANYA LEBIH DARI KEMAMPUAN HAMBANYA"
hihi..saje je dahului dengan ayat yang agak berkaitan..tp, tak de la berkaitan sangat kan?? Hm..nak cite ape yang aku dapat baru-baru ni..tp tak de la baru sangat..(asal aku suka cakap pusing-pusing ni??)
Ok..ak nak mulakan cite tentang "Kekasih" aku...Sikapnya..Baginda sangat suka memudahkan umatnya..
Kenapa aku cakap begitu??
OK..mari kita sama-sama lihat dan hayati ye..
Nabi Muhammad s.a.w telah mensyaratkan bagi kaum lelaki, wajib solat berjemaah di Masjid. Sekiranya tidak, rumah mereka halal untuk dibakar. Tetapi, ada pengecualiannya..seperti uzur, hujan yang lebat, musafir dan baru kahwin. (Andai ada yang silap, pembetulan adalah dialukan)
Ok..sekarang, kita lihat bagaimana "Habibi" mengendalikan sembahyang berjemaah..
Habib = Kekasih
Habibi = Kekasihku
1) Nabi memulakan solatnya dengan memastikan semua ma'mum berada dalam keadaan bersedia. Makna kata di sini, tiada yang dok korek telinga, goyang-goyang kaki, menyakat kawan dan bercakap-cakap. Semua ma'mum berada dalam keadaan bersih, sedar diri dan saf mereka dalam barisan yang straight dan rapat. (Bertemu hujung jari kaki dengan orang sebelah @ bahu ke bahu)
2) Setelah ma'mum bersedia, barulah Baginda menyebut..."As-Solatul Jaa mi'ah, As-Solaatul Jamia'ah Rahimakumullah.."
3) Baginda mengangkat takbir dan mulakan solat dengan bacaan yang sangat merdu dan penuh penghayatan. Ketahuilah..Apabila imam bersolat dengan penuh penghayatan, ia akan mengasyikkan ma'mum dalam solatnya.
4) Pada rakaat pertama, Baginda membaca surah yang panjang berbanding bacaan surah yang dibaca untuk rakaat yang kedua dan seterusnya. Jadi, ma'mum boleh agak berapa lama solat itu.
5) Pemilihan surah juga tampak tersusun. Baginda menyusun surah yang dibaca mengikut urutannya. Contohnya, Baginda baca beberapa potongan ayat dari Surah Al-Baqarah di dalam Al-Furqan pada rakaat yang pertama. Bagi rakaat ke-2, Baginda menyambungnya dengan bacaan surah dari Surah Al-Imran. Makna kata, bukan meloncat terus ke Surah An-Nas. Ikut tertib gitu...
6) Nabi akan baca mengikut kadar dan keadaan ma'mumnya. Baginda tidak membiarkan ma'mummnya tertunggu-tunggu mahupun terkejar-kejar. Baginda tahu ma'mumnya ada yang sudah tua, ada yang sibuk dengan pelbagai urusan dan ada yang sangat bersemangat dan tertunggu-tunggu untuk solat. Jadi, Baginda memilih yang sederhana. Tidak laju, dan tidak juga terlalu lambat.
7) Baginda solat dengan sangat tertib dan penuh penghayatan.
Kesimpulannya, berkaitankah tajuk post kali ni dengan artikel aku ni??