AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM


Get cool stuff @ NackVision.com

Thursday, February 24, 2011

MAKAN, MAKAN DAN....MAKAN..~




Assalamualaikum w.b.t,

hari ni..tetibe je teringin nak kongsi dengan kengkawan semua tentang cara makan yang TERBAIK! aku berani jamin..sape yang buat gini, kesihatan dia akan terpelihara (dengan izin Allah)...

KEDUDUKAN

1) Duduk di atas lantai, lagi baik kalau dapat duduk sebelah kaki berdiri (betol ke penggunaan perkataan ak ni??hihi). P/S : Peha rapat ke perut, dan betis rapat ke peha

2) Makan beramai-ramai..bersama-sama

RAMUAN

1) Pengasingan lauk dari laut/sungai dengan lauk dari darat (asalnya)

2) Daging tidak dimakan bersama susu

3) Tidak mencampurkan susu dan buahan bersama

CARA

1) Baca doa sebelum makan

2) Minum atau makan buah sebelum makan nasi/lauk

3) Sedikit garam dimakan sebelum makan nasi

4) Makan 3 suap nasi kosong sebelum nasi berlauk

5) Sekiranya hendak minum selepas makan, minumlah setelah 15 @ 30 minit selepas makan

6) Habiskan nasi di dalam pinggan. Jangan membazir!

7) Menjilat jari selepas makan

8) Makan utama, PAGI & MALAM

9) Pemakanan yang seimbang "Makan sebelum lapar, BERHENTI sebelum kenyang"

SEBAB-SEBAB

1) Makan di atas lantai dan menjilat jari selepas makan akan mempercepatkan lagi proses perjalanan makanan ke dalam perut, justeru penghadamannya.

2) Apabila kita makan beramai-ramai, kita akan cepat rasa kenyang, malah mendapat berkat.

3) Dari sudut percampuran makanan laut dan darat, serta daging dan susu dan seumpamanya, ia adalah bagi mengelakkan penyakit. Enzim-enzim yang dikeluarkan oleh nutrien masing-masing tidak baik untuk bercampur.

4) Doa itu perlu sebagai tanda kita bersyukur dengan nikmat Allah. Justeru, mendapat berkat dan elak kongsi dengan syaitan.

5) Minum atau makan buah sebelum atau selepas makan, akan melambatkan proses penghadaman dan munkin ada kesannya terhadap daya ingatan kita.

6) Garam merupakan satu nutrien yang mampu meneutralkan makanan atau racun.

7) Pemakanan 3 suap nasi kosong adalah bagi mengurangkan angin dalam badan.

8) Setiap kali kita makan, akan ada sebutir nasi yang sangat berkat..andai kita tak habiskan, mungkin butiran nasi yang terakhir itulah nasi berkatnya. Siapa tahu??

9) Makan pagi sangat penting bagi perut dan kesihatan kita. Makan pagi boleh elak gemuk.  Makan malam (6.00p.m-8.00p.m) juga penting.

10) Cara makan ni, sangat bagus sebab Nabi yang ajar.

Andai ada salah dan silap, jangan malu jangan segan, tegurlah saya. Andai ada tokok dan tambah, silakan. Amat dialu-alukan.

No comments:

Post a Comment