Sunday, October 10, 2010
Sunday, October 3, 2010
KINI TIBA MASANYA..~
Pejam celik, pejam celik..sudah hampir hujung syawal..maka, bertungkus-lumuslah para mu'minin bersiap siaga untuk menunaikan ibadah haji..^_^
SELAMAT MENONTON VIDEO INI..!
SELAMAT MENONTON VIDEO INI..!
KENA TAHU NI..~
Di satu sudut kamar..
Adik : kakak, bangun kak..jom kita solat sesame..semalam ustazah ada ajar adik solat subuh..adik nak belajar dengan kakak pulak..
Kakak : Alhamdulillah.. Hurm..baiklah wahai adikku sayang! tapi, sekarang belum pon lagi masuk waktu subuh..macam mana ni adik?(mimik muka menguji..)
Adik : Tapi mak cakap kita sembahyang subuh lepas kita bangun pagi..(kecewa)
Kakak : Hm..xpela..mari kita bersuci dulu..nak tak?
Adik : Nak..nak..kakak ajar adik.. kak, bersuci tu ape?
Kakak : Ha..cikgu kat sekolah ada ajar adik ambil air sembahyang x?
Adik : Ada..ada.. cikgu cakap, kalau kita nak sembahyang, kita kena ambil air sembahyang dulu..lepas tu baru boleh sembahyang..
Kakak : Ha..ambil air sembahyang tu adalah sebahagian daripada bersuci.. Mula-mula, kita bangun tidur..kita kena basuh tangan dulu. Kemudian, baru berus gigi...................
**********
Adik : Akak, adik dah mengantuk..jomla kita tidur..~
Kakak : Jom..jom..ala..kesian adik akak sorang ni..
Adik : Akak, bilik kat sini la..(menunjukkan arah sambil menarik baju kakaknya)
Kakak : Ok! tapi adik..jom kita ambil air sembahyang dulu nak?
Adik : Ala kak...penatla..nak tido..~
Kakak : Ok..ok.. kalau macam tu, kita basuh kaki je ye..boleh kan?
Adik : ...(Mengangguk)..
*********
Lihatlah..betapa ISLAM mementingkan kebersihan. Dari bangun tidur, hingga kembali tidur. Sehingga wujud hadis yang menyebut,
" KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN"
Bila kita bersih, badan kita sihat..Bila kita sihat, badan kita kuat..Bila kita kuat, mudahlah bagi kita melaksanakan tuntutan Allah!
"ALLAH LEBIH MENYAYANGI ORANG YANG KUAT BERBANDING YANG LEMAH"
Jadi, pokok pangkal segalanya adalah kebersihan..kerana itulah kebersihan menjadi topik pertama dalam ISLAM. Anda nampakkan?? Betapa pentingnya kita menjaga kebersihan.
*****
Sekadar tambahan ilmu juga pengingat diri ini..
Kita bersuci menggunakan air.. Ayuh kita mengenali jenis-jenis air! ^_^
1. Air Mutlak = Air yang suci lagi menyucikan
2. Air Musta'mal = Air yang telah digunakan
3. Air Mushammas = Air yang terdedah kepada matahari
4. Air Mutannajis = Air yang mengandungi najis
5. Air Mutaghaiyir = Air yang telah bertukar sifat seperti bau, warna dan rasa.
* contoh : air sirap
Air yang boleh kita gunakan untuk bersuci adalah AIR MUTLAK..
Ada ke contoh air mutlak ya??
Sudah tentulah ada! Ada 7 jenis air..iaitu :
- Air mata air
- Air perigi / telaga
- Air embun
- Air hujan
- Air laut
- Air sungai
- Air salji
Ha..cukuplah maklumat ringkas buat diri ini serta kawan-kawan! (^_^)
SELAMAT BERAMAL!
link
Sunday, September 19, 2010
DARI AKU, UNTUK KAMU..~
20 JANGAN | |||
1. JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita. 2. JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. 3. JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 4. JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 5. JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 6. JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. 7. JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan. 8. JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 9. JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 10. JANGAN bergaul bebas ditempat kerja (tanpa batasan). Banyak buruk dari baiknya. 11. JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. 12. JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. 13. JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia. 14. JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula. 15. JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 16. JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa. 17. JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. 18. JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. 19. JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di dan kekal selamanya. 20. JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. |
Subscribe to:
Posts (Atom)
