AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM


Get cool stuff @ NackVision.com

Tuesday, March 1, 2011

KENAPA???





Aku pernah dengar satu ceramah ni..Al-Fadhil Ustaz tu cakap..

"Adakah kamu perasan bangsa MELAYU suka tanya KENAPA berbanding MENGAPA.."

Kenapa ye??
Eh..aku pon suka cakap "Kenapa"...huhu...ubah-ubah..

Tahukah anda bangsa Melayu merupakan bangsa yang paling malas berfikir??

Mengapa aku cakap begitu?

Kerana bangsa Melayu memang malas nak fikir..dok nak gembira je.."have fun!"

Nak kongsi satu cerita..

"Pada suatu hari, Ali, Ah Keong dan Andeng telah keluar berjalan-jalan, ke dalam hutan..Mereka tersesat dan berjumpa dengan sebuah perkampungan. Perkampungan orang asli rupanya..Setelah itu, mereka ditangkap oleh penduduk disitu. Selang beberapa minit, Ah Keong dan Andeng telah dilepaskan..manakala Ali tetap ditahan disitu. Kenapa?? Kerana orang Asli berpendapat, otak orang melayu  manis. Kerana apa? Kerana orang melayu malas fikir. Otaknya jarang digunakan."

Kesimpulannya, banyak-banyakkanla berfikir..agar nanti xmenjadi hidangan orang Asli.

p/s : KERANA adalah satu persoalan yang hanya memerlukan jawapan yang pendek dan tidak banyak fikir. MENGAPA merupakan persoalan yang memaksa manusia untuk mencari penjelasan untuk itu.


Sunday, February 27, 2011

MUDAHNYE.........~



"ALLAH TIDAK AKAN MENGUJI HAMBANYA LEBIH DARI KEMAMPUAN HAMBANYA"

hihi..saje je dahului dengan ayat yang agak berkaitan..tp, tak de la berkaitan sangat kan?? Hm..nak cite ape yang aku dapat baru-baru ni..tp tak de la baru sangat..(asal aku suka cakap pusing-pusing ni??)

Ok..ak nak mulakan cite tentang "Kekasih" aku...Sikapnya..Baginda sangat suka memudahkan umatnya..

Kenapa aku cakap begitu??

OK..mari kita sama-sama lihat dan hayati ye..

Nabi Muhammad s.a.w telah mensyaratkan bagi kaum lelaki, wajib solat berjemaah di Masjid. Sekiranya tidak, rumah mereka halal untuk dibakar. Tetapi, ada pengecualiannya..seperti uzur, hujan yang lebat, musafir dan baru kahwin. (Andai ada yang silap, pembetulan adalah dialukan)

Ok..sekarang, kita lihat bagaimana "Habibi" mengendalikan sembahyang berjemaah..
Habib = Kekasih
Habibi = Kekasihku

1) Nabi memulakan solatnya dengan memastikan semua ma'mum berada dalam keadaan bersedia. Makna kata di sini, tiada yang dok korek telinga, goyang-goyang kaki, menyakat kawan dan bercakap-cakap. Semua ma'mum berada dalam keadaan bersih, sedar diri dan saf mereka dalam barisan yang straight dan rapat. (Bertemu hujung jari kaki dengan orang sebelah @ bahu ke bahu)

2) Setelah ma'mum bersedia, barulah Baginda menyebut..."As-Solatul Jaa mi'ah, As-Solaatul Jamia'ah Rahimakumullah.."

3) Baginda mengangkat takbir dan mulakan solat dengan bacaan yang sangat merdu dan penuh penghayatan. Ketahuilah..Apabila imam bersolat dengan penuh penghayatan, ia akan mengasyikkan ma'mum dalam solatnya.

4) Pada rakaat pertama, Baginda membaca surah yang panjang berbanding bacaan surah yang dibaca untuk rakaat yang kedua dan seterusnya. Jadi, ma'mum boleh agak berapa lama solat itu.

5) Pemilihan surah juga tampak tersusun. Baginda menyusun surah yang dibaca mengikut urutannya. Contohnya, Baginda baca beberapa potongan ayat dari Surah Al-Baqarah di dalam Al-Furqan pada rakaat yang pertama. Bagi rakaat ke-2, Baginda menyambungnya dengan bacaan surah dari Surah Al-Imran. Makna kata, bukan meloncat terus ke Surah An-Nas. Ikut tertib gitu...

6)  Nabi akan baca mengikut kadar dan keadaan ma'mumnya. Baginda tidak membiarkan ma'mummnya tertunggu-tunggu mahupun terkejar-kejar. Baginda tahu ma'mumnya ada yang sudah tua, ada yang sibuk dengan pelbagai urusan dan ada yang sangat bersemangat dan tertunggu-tunggu untuk solat. Jadi, Baginda memilih yang sederhana. Tidak laju, dan tidak juga terlalu lambat.

7) Baginda solat dengan sangat tertib dan penuh penghayatan.

Kesimpulannya, berkaitankah tajuk post kali ni dengan artikel aku ni??




Thursday, February 24, 2011

MAKAN, MAKAN DAN....MAKAN..~




Assalamualaikum w.b.t,

hari ni..tetibe je teringin nak kongsi dengan kengkawan semua tentang cara makan yang TERBAIK! aku berani jamin..sape yang buat gini, kesihatan dia akan terpelihara (dengan izin Allah)...

KEDUDUKAN

1) Duduk di atas lantai, lagi baik kalau dapat duduk sebelah kaki berdiri (betol ke penggunaan perkataan ak ni??hihi). P/S : Peha rapat ke perut, dan betis rapat ke peha

2) Makan beramai-ramai..bersama-sama

RAMUAN

1) Pengasingan lauk dari laut/sungai dengan lauk dari darat (asalnya)

2) Daging tidak dimakan bersama susu

3) Tidak mencampurkan susu dan buahan bersama

CARA

1) Baca doa sebelum makan

2) Minum atau makan buah sebelum makan nasi/lauk

3) Sedikit garam dimakan sebelum makan nasi

4) Makan 3 suap nasi kosong sebelum nasi berlauk

5) Sekiranya hendak minum selepas makan, minumlah setelah 15 @ 30 minit selepas makan

6) Habiskan nasi di dalam pinggan. Jangan membazir!

7) Menjilat jari selepas makan

8) Makan utama, PAGI & MALAM

9) Pemakanan yang seimbang "Makan sebelum lapar, BERHENTI sebelum kenyang"

SEBAB-SEBAB

1) Makan di atas lantai dan menjilat jari selepas makan akan mempercepatkan lagi proses perjalanan makanan ke dalam perut, justeru penghadamannya.

2) Apabila kita makan beramai-ramai, kita akan cepat rasa kenyang, malah mendapat berkat.

3) Dari sudut percampuran makanan laut dan darat, serta daging dan susu dan seumpamanya, ia adalah bagi mengelakkan penyakit. Enzim-enzim yang dikeluarkan oleh nutrien masing-masing tidak baik untuk bercampur.

4) Doa itu perlu sebagai tanda kita bersyukur dengan nikmat Allah. Justeru, mendapat berkat dan elak kongsi dengan syaitan.

5) Minum atau makan buah sebelum atau selepas makan, akan melambatkan proses penghadaman dan munkin ada kesannya terhadap daya ingatan kita.

6) Garam merupakan satu nutrien yang mampu meneutralkan makanan atau racun.

7) Pemakanan 3 suap nasi kosong adalah bagi mengurangkan angin dalam badan.

8) Setiap kali kita makan, akan ada sebutir nasi yang sangat berkat..andai kita tak habiskan, mungkin butiran nasi yang terakhir itulah nasi berkatnya. Siapa tahu??

9) Makan pagi sangat penting bagi perut dan kesihatan kita. Makan pagi boleh elak gemuk.  Makan malam (6.00p.m-8.00p.m) juga penting.

10) Cara makan ni, sangat bagus sebab Nabi yang ajar.

Andai ada salah dan silap, jangan malu jangan segan, tegurlah saya. Andai ada tokok dan tambah, silakan. Amat dialu-alukan.

Monday, February 14, 2011

TERLALU LAMA..~

Assalamualaikum w.b.t,


sudah terlalu lama rasanya tidak post artikel..nak cakap aku bz, xdela bz sangat..huhu
malas je lebih..Astaghfirullah..penyakit neh..huhu



Banyak analogi yang aku selalu dengar penceramah2 sampaikan kepada aku mengenai dunia. Tapi, kesemuanya menunjukkan dunia ini negatif..nak tahu tak antaranya apa dia?

1) Ibarat sebidang tanah yang kering-kontang dan TIDAK menarik sama sekali..
    Ia memerlukan usaha kita sendiri bagi mengindahknnya..bagaimana?
    Dengan Akhirat..preparation for the next life..
    Kita perlu bercucuk tanam dengan akar aqidah, pokok taqwa dan dibajai syariah Islam..
    Kita hiasi ia dengan perhiasan yang bertunjangkan iman & amal soleh.
    Tetapi, berAWASlah..sang tikus syaitan pasti akan berusaha memutarbelitkan kita..
    Ia hiasi amal soleh kita dengan riya'...
    Dia perkotak-katikkan kita dengan percaya duit adalah segalanya..
    Tanpa duit, engkau tak mampu buat apa2..habis tu, Tuhan kau nak letak mne?
    Dah engkau percaya sangat dengan kuasa duit tu..
    Aku bukan cakap duit itu xpenting..tapi ada hadnya..
    Jadi, apalagi sahabatku..marilah kita bersama2 bercucuk tanam demi akhirat serta mendapat  
    keredhaanNya..

2) Kisah Harimau, Ular & Tikus. Tak lupa juga pada watak An-Nahl=lebah
   -tunggu di episod akan datang-