AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM


Get cool stuff @ NackVision.com

Friday, September 3, 2010

ANALOGI & CERITA..~

Salam..mood malam ni hanya nak menyampaikan sedikit analogi dan cerita..:)

Analogi 1 : Dunia & Akhirat



"Ad-Dun ya mazro 'atul aakhiroh" 
Dunia ini ibarat ladang..tempat untuk kita bercucuk tanam..sebagai bekalan diakhirat kelak..

"Ad-Dun ya mataa 'ul ghurur"
Dunia ini mengaburi mata..hanya perhiasan yang sementara..tiada manfaat di hari muka..

Analogi dia, seperti karipap yang luarannya, memang nampak sedap..tetapi intinya daripada najis..huhu
EXTREMEnya analogi ni..tapi, terimalah..inilah hakikatnya..

kalau nak karipap tu jadi sedap..dan betol-betol inti kari yang BEST! kenalah kita satukan ia dengan akhirat..
jangan jadi liberal..mengasingkan dunia dan akhirat..mengasingkan agama dan hidup..

Ketahuilah!
Dunia umpama bayang-bayang..
Lagi dikejar, lagi kan hilang..

Akhirat bagaikan cahaya..
lagi di dekati, lagikan besar bayangan anda!

Penjelasan : Kita berada ditengah-tengah..antara bayang-bayang dan cahaya. Lagi kita kejar bayang-bayang(benda yang xmampu dipegang atau dirasa) tu, lagi kita xnampak bayang-bayang kita..kenapa? kerana bayang-bayang kian jauh dari cahaya..manakan ia mampu wujud tanpa cahaya menyuluh objek legap! Jadi, kita pergi mendekati cahaya..sudah tentu-tentunya..secara automatik, bayang-bayang kita kian jelas dan membesar..Renung-renungkan...

Analogi 2 : Peminjam & Pemberi



Katakanla..anda ada sebuah kereta..Anda sayang kereta tu..Satu hari, kawan anda ingin meminjam kereta anda. Anda xkisah..dan anda bagi..walaupun anda memerlukan kereta pada hari itu bagi menguruskan hal anda..oleh kerana, anda juga sayang kawan anda tu. Anda siap bagi duit pada kawan anda untuk isi minyak..bagi kawan anda dapat memandu kereta dengan selesa dan mudah. Tiba-tiba, kawan anda tu gunakan kereta anda untuk tujuan yang salah. Malah, dia gunakan kereta yang anda sayang itu, untuk melanggar anda. Apakah perasaan anda? Bengang kan? Xpatut dia buat begitu pada anda..anda sayang dia, anda bagi dia pinjam kereta anda..then dia khianat anda..Ish3..xpatut2..:(

Begitu jugalah dengan kita..Allah menciptakan kita..Dia bagi kita pinjam segalanya..tangan, kaki..jantung..tubuh yang sempurna..bagi pulak kesihatan dan kecerdasan minda..tapi.......
Apa yang kita balas? Kita langgar perintahNya..Kita suka-suka je buat yang ditegah..malah kadang-kadang kita berbangga dengan perlakuan khianat kita..Renung-Renungkan~..

Analogi 3 : Pentingkan perkara terpenting!

"Adoi......sakitnya perut aku ni..xtahannya nak melabur!..huhu"

"Kring..Kring..Kring"

"Ting-tong"

Haa.....ada 3 situasi sekarang ni..situasi pertama, anda nak melabur sangat-sangat dah ni..situasi kedua, talifon berbunyi..dan ada orang datang ke rumah anda pada waktu yang sama..

# Time is running! #



Apakah yang anda akan laksanakan dulu?

Perut dah meminta untuk dikeluarkan isinya..talifon dah xlarat nak menjerit pinta diangkat..tetamu diluar setia menanti..huhu

Tentu-tentu anda labur dulu kan? Ye la..xkan nak sambut tetamu dalam keadaan anda terbongkok-bongkok menahan perut..dan mulut anda xmampu nak berkata-kata dah ketika itu..

Jadi..anda harus memilih kepentingan yang utama dahulu..bagi mengelakkan mudharatnya..ingat tu!
Pentingkan perkara yang terpenting daripada perkara yang penting!

Andai anda ada di bilik, azan elok-elok je berkumandang kejap tadi..anda ada assignment yang harus dihantar segera dan kawan anda mengajak anda untuk makan bersama..anda harus menunaikan solat dahulu sebelum melaksanakan tugas lain..Ye la..mana tahu anda kemalangan ke dalam perjalanan menuju ke tempat lecturer atau dewan makan..kan da menyesal waktu tu..xboleh nak undur da..fahamilah!

No comments:

Post a Comment