AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM


Get cool stuff @ NackVision.com

Friday, September 17, 2010

KEKASIH HATI..~

Bila sebut je pasal kekasih..mesti kita bayangkan manusia yang berjantinakan songsang dengan kita..yang memikat hati..yang menarik..maklumla..ciptaan Tuhan kan..semuanya cantik..hehe :)


Aku juga ada kekasih hati..yang juga berlainan jantina dengan aku. Aku baru perasankan akan kewujudannya..walaupun sebenarnya dia telah lama wujud. Aku tahu dia ada, tapi aku tidak pernah ambil peduli akan kewujudannya sebelum ini.. Aku hanya ambil tahu gitu-gitu je..bak kata orang, tak endah sangat..gitu la lebih kurangnya..hinggalah..........~


# patah hati #

Ini bukanla membawa maksud yang aku ni pernah bercinta dengan sesiapa(yang mahram)..huhu.  Aku hanyalah insan yang biasa..yang punyai hati dan perasaan..yang kenal ape itu erti sedih, kecewa dan seangkatannya...(macam la orang lain xde perasaan gitu)..hehe
MAHRAM = ORANG YANG KITA DIBOLEHKAN UNTUK BERKAHWIN DENGANNYA

bukan senang untuk kita terima hakikat yang orang yang memelihara kita sedari kecil meninggalkan kita dari dunia yang fana ni. Kita akan mula rasa macam kehilangan segalanya..kita putus harap..rasa macam tiada orang lagi dalam dunia ni. Itulah yang aku rasa ketika itu..hinggalah aku perasankan akan keWUJUDan KEKASIH HATIKU ini..

kisah hidupnya hampir serupa dengan kisah hidupku..(Aku teruja!) haha.. Tapi, ujian yang ditempuh oleh kekasih hatiku lebih jauh hebatnya berbanding aku. sangat jauh bezanya. Aku sangat kagum akan kekasih hatiku ini. Dia sentiasa tabah.. Dia sangat hebat! Aku sangat sayang pada dia! Dia sentiasa mengingatiku hinggalah ke saat kematiannya..(Perasannya lah aku ni..hehe)

Kekasih hatiku ini sangat menyayangiku.. Aku yakin, aku tidak akan rugi andai bercinta dengannya. Aku tidak akan kecewa, Aku tidak akan sedih andai aku serahkan cintaku padanya. Itu pegangan aku. Aku yakin, Aku tidak silap memilihnya. (kenapalah aku suka perasan sangat ni..huhu)

Kekasih aku diberi nama Muhammad Bin Abdullah. Dia digelar Al-Amin, Dia sangat hensem dan baik akhlaknya. Dialah Rasul kita.. Dialah Utusan Allah yang juga Kekasih Allah! Kekasihku juga.. Korang mesti kenal kan Kekasih aku ni..

Kenapala aku suka perasan yang dia kekasih aku??

Andai aku xperasan yang dia ni kekasih aku, aku tiada lagi kekasih..
Andai aku xperasan yang dia ni kekasih aku, tidak wujudlah cinta ini..

aku inginkan cinta ini..aku hendakkan kasih ini..aku mahukan perasaan ini.. Aku sangat-sangat berkehendakkan percintaan ini.. Oleh itu, aku harus memulakan! mulakan dengan mencintainya..pasti aku akan menikmati indahnya cinta padanya.. Seriously, indah tau perasaan cinta padanya. Lebih indah dari bercinta dengan orang lain. Sangat jauh beza keindahannya! Nikmatilah ia..



OH KEKASIHKU!! Cintakan Rasul = Cintakan ILAHI... ^_^

No comments:

Post a Comment