AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM


Get cool stuff @ NackVision.com

Monday, November 8, 2010

SURAT BUAT ADIK..~






Assalamualaikum w.b.t.,

Salam sayang dan salam kerinduan buat adikku..
Akak minta maaf kerana sering memarahi dan mengherdik adik..akak sayangkan adik..sangat sayangkan adik..akak nak adik jadi insan yang baik..

Adik...
Sekalipun semua orang membenci adik..sekalipun kita tiada talian darah..sekalipun kita tidak pernah kenal sebelum ini..tapi mengertilah adik..akak sangat sayangkan kamu..akak sayangkan kamu kerana Allah..

Adik..
Akak faham..kamu menderita..kerana kehilangan insan yang kamu sayangi..justeru, kamu tidak mendapat apa yang kamu ingini..kelihatan, tiada orang yang mengasihi kamu..sedangkan kamu amat memerlukan kasih sayang mereka..

Adikku sayang..
Akak mengerti perasaanmu sayang..kamu inginkan belaian orang tuamu..kamu hendakkan perhatian mereka..tapi tiada perhatian dari mereka..

Adikku..
Itu semua pandanganmu sahaja..andai benar mereka tidak mengerti dan mengambil berat tentangmu..sudah tentu mereka tidak ambil peduli akan hal dirimu lagi..kamu akan dibiarkan begitu saja..pembelajaranmu tergendala..penginapanmu tiada..kesihatanmu tiada yang cakna..

Adik..
Tiada apa yang mampu akak beri kepadamu..hanya perhatian yang membuatkanmu bosan dan pergi.. Tapi adik, ketahuilah! Allah sentiasa bersamamu sayang..Allah sentiasa menyayangimu..Sayangilah Ia selagi kamu diberi kesempatan.


Salam Sayang,
KAKAK YANG MENYAYANGIMU...~

MARI KITA...~



Setelah sekian lama aku mendiamkan diri…hehe
Banyak sebenarnya yang ingin aku ceritakan..tetapi..terdapat beberapa kekangan yang terpaksa ditempuhi..baik dari orang lain, juga diri sendiri..huhu

ADAKAH ANDA PERNAH DENGAR HUSNU ZHON @ SU’U ZHON?

Xpernah??
Nak Tahu?

HUSNU = BAIK

SU’U      = BURUK

ZHON    = SANGKA

Jadi, HUSNU ZHON adalah bersangka baik manakala SU’U ZHON membawa maksud bersangka buruk.
Haa..dah tahu mengenai sangkaan2 ni..tahu tak korang cara nak mengklasifikasikannya??

Sifat MAHMUDAH atau  MAZMUMAH??

Ape pulak menatang “MUDAH” & “MUMAH” ni…:(

Haa..MAHMUDAH merupakan sikap atau sifat yang baik..dan MAZMUMAH pula adalah akhlak yang buruk.. Jadi, korang dah tahu kan nak letakkan HUSNU ZHON dan SU’U ZHON ini dimana kan??

SELAMAT MENCUBA!

Sunday, October 3, 2010

KINI TIBA MASANYA..~

Pejam celik, pejam celik..sudah hampir hujung syawal..maka, bertungkus-lumuslah para mu'minin bersiap siaga untuk menunaikan ibadah haji..^_^


SELAMAT MENONTON VIDEO INI..!

Ibadah Haji - Tawaf

Haji Menuju ALLAH - Raihan

PANGGILAN KAABAH - EL SURAYA..~

Dalam video ni..Ada mengajarkan kita syarat rukun haji!

KENA TAHU NI..~


Di satu sudut kamar..

Adik : kakak, bangun kak..jom kita solat sesame..semalam ustazah ada ajar adik solat subuh..adik nak belajar dengan kakak pulak..

Kakak : Alhamdulillah.. Hurm..baiklah wahai adikku sayang! tapi, sekarang belum pon lagi masuk waktu subuh..macam mana ni adik?(mimik muka menguji..)

Adik : Tapi mak cakap kita sembahyang subuh lepas kita bangun pagi..(kecewa)

Kakak : Hm..xpela..mari kita bersuci dulu..nak tak?

Adik : Nak..nak..kakak ajar adik.. kak, bersuci tu ape?

Kakak : Ha..cikgu kat sekolah ada ajar adik ambil air sembahyang x?

Adik : Ada..ada.. cikgu cakap, kalau kita nak sembahyang, kita kena ambil air sembahyang dulu..lepas tu baru boleh sembahyang..

Kakak : Ha..ambil air sembahyang tu adalah sebahagian daripada bersuci.. Mula-mula, kita bangun tidur..kita kena basuh tangan dulu. Kemudian, baru berus gigi...................


**********


Adik : Akak, adik dah mengantuk..jomla kita tidur..~

Kakak : Jom..jom..ala..kesian adik akak sorang ni..

Adik : Akak, bilik kat sini la..(menunjukkan arah sambil menarik baju kakaknya)

Kakak : Ok! tapi adik..jom kita ambil air sembahyang dulu nak?

Adik : Ala kak...penatla..nak tido..~

Kakak : Ok..ok.. kalau macam tu, kita basuh kaki je ye..boleh kan?

Adik : ...(Mengangguk)..

*********

Lihatlah..betapa ISLAM mementingkan kebersihan. Dari bangun tidur, hingga kembali tidur. Sehingga wujud hadis yang menyebut,

" KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARI IMAN"

Bila kita bersih, badan kita sihat..Bila kita sihat, badan kita kuat..Bila kita kuat, mudahlah bagi kita melaksanakan tuntutan Allah! 

"ALLAH LEBIH MENYAYANGI ORANG YANG KUAT BERBANDING YANG LEMAH"

Jadi, pokok pangkal segalanya adalah kebersihan..kerana itulah kebersihan menjadi topik pertama dalam ISLAM. Anda nampakkan?? Betapa pentingnya kita menjaga kebersihan.

*****

Sekadar tambahan ilmu juga pengingat diri ini..
Kita bersuci menggunakan air.. Ayuh kita mengenali jenis-jenis air! ^_^

1. Air Mutlak = Air yang suci lagi menyucikan

2. Air Musta'mal = Air yang telah digunakan

3. Air Mushammas = Air yang terdedah kepada matahari

4. Air Mutannajis = Air yang mengandungi najis

5. Air Mutaghaiyir = Air yang telah bertukar sifat seperti bau, warna dan rasa. 
                                     * contoh : air sirap

Air yang boleh kita gunakan untuk bersuci adalah AIR MUTLAK..

Ada ke contoh air mutlak ya??

Sudah tentulah ada! Ada 7 jenis air..iaitu :

  • Air mata air
  • Air perigi / telaga
  • Air embun
  • Air hujan
  • Air laut
  • Air sungai
  • Air salji
Ha..cukuplah maklumat ringkas buat diri ini serta kawan-kawan! (^_^)

SELAMAT BERAMAL!




link

Sunday, September 19, 2010

DARI AKU, UNTUK KAMU..~




20 JANGAN








1.       JANGAN sengaja lewatkan solat. 
       Perbuatan ini Allah tidak suka. 
       Kalau tertidur lain cerita.

2.       JANGAN masuk ke bilik air tanpa 
      memakai alas kaki (selipar).
      Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, 
       mengotori seluruh rumah kita.

3.       JANGAN makan dan minum dalam 
       bekas yang pecah atau sumbing. 
       Makruh kerana ia membahayakan.

4.       JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang 
      telah digunakan tidak berbasuh. 
      Makruh dan mewarisi kepapaan.

5.       JANGAN tidur selepas solat Subuh, 
      nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi 
      itu membuka pintu berkat).

6.       JANGAN makan tanpa membaca 
      BISMILLAH dan doa makan. 
      Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

7.       JANGAN keluar rumah tanpa niat 
      untuk membuat kebaikan. 
      Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

8.       JANGAN pakai sepatu atau selipar 
      yang berlainan pasangan.  
      Makruh dan mewarisi kepapaan.

9.       JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. 
      Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10.   JANGAN bergaul bebas ditempat kerja 
       (tanpa batasan). Banyak buruk dari baiknya.

11.   JANGAN menangguh taubat bila berbuat 
       dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12.   JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu 
       bapa dan sesama manusia kalau memang
       kita bersalah.

13.   JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. 
       Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

14.   JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH 
       dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong 
       apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

15.   JANGAN bakhil untuk bersedekah. 
       Sedekah itu memanjangkan umur dan 
       memurahkan rezeki kita.

16.   JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17.   JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah 
       ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih 
       orang kepada kita.

18.   JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. 
       Doa makhluk yang teraniaya cepat 
       dimakbulkan ALLAH.

19.   JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. 
       Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama 
       dan kekal selamanya.

20.   JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu 
       berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk 
       keselamatan kita.









Friday, September 17, 2010

KEKASIH HATI..~

Bila sebut je pasal kekasih..mesti kita bayangkan manusia yang berjantinakan songsang dengan kita..yang memikat hati..yang menarik..maklumla..ciptaan Tuhan kan..semuanya cantik..hehe :)


Aku juga ada kekasih hati..yang juga berlainan jantina dengan aku. Aku baru perasankan akan kewujudannya..walaupun sebenarnya dia telah lama wujud. Aku tahu dia ada, tapi aku tidak pernah ambil peduli akan kewujudannya sebelum ini.. Aku hanya ambil tahu gitu-gitu je..bak kata orang, tak endah sangat..gitu la lebih kurangnya..hinggalah..........~


# patah hati #

Ini bukanla membawa maksud yang aku ni pernah bercinta dengan sesiapa(yang mahram)..huhu.  Aku hanyalah insan yang biasa..yang punyai hati dan perasaan..yang kenal ape itu erti sedih, kecewa dan seangkatannya...(macam la orang lain xde perasaan gitu)..hehe
MAHRAM = ORANG YANG KITA DIBOLEHKAN UNTUK BERKAHWIN DENGANNYA

bukan senang untuk kita terima hakikat yang orang yang memelihara kita sedari kecil meninggalkan kita dari dunia yang fana ni. Kita akan mula rasa macam kehilangan segalanya..kita putus harap..rasa macam tiada orang lagi dalam dunia ni. Itulah yang aku rasa ketika itu..hinggalah aku perasankan akan keWUJUDan KEKASIH HATIKU ini..

kisah hidupnya hampir serupa dengan kisah hidupku..(Aku teruja!) haha.. Tapi, ujian yang ditempuh oleh kekasih hatiku lebih jauh hebatnya berbanding aku. sangat jauh bezanya. Aku sangat kagum akan kekasih hatiku ini. Dia sentiasa tabah.. Dia sangat hebat! Aku sangat sayang pada dia! Dia sentiasa mengingatiku hinggalah ke saat kematiannya..(Perasannya lah aku ni..hehe)

Kekasih hatiku ini sangat menyayangiku.. Aku yakin, aku tidak akan rugi andai bercinta dengannya. Aku tidak akan kecewa, Aku tidak akan sedih andai aku serahkan cintaku padanya. Itu pegangan aku. Aku yakin, Aku tidak silap memilihnya. (kenapalah aku suka perasan sangat ni..huhu)

Kekasih aku diberi nama Muhammad Bin Abdullah. Dia digelar Al-Amin, Dia sangat hensem dan baik akhlaknya. Dialah Rasul kita.. Dialah Utusan Allah yang juga Kekasih Allah! Kekasihku juga.. Korang mesti kenal kan Kekasih aku ni..

Kenapala aku suka perasan yang dia kekasih aku??

Andai aku xperasan yang dia ni kekasih aku, aku tiada lagi kekasih..
Andai aku xperasan yang dia ni kekasih aku, tidak wujudlah cinta ini..

aku inginkan cinta ini..aku hendakkan kasih ini..aku mahukan perasaan ini.. Aku sangat-sangat berkehendakkan percintaan ini.. Oleh itu, aku harus memulakan! mulakan dengan mencintainya..pasti aku akan menikmati indahnya cinta padanya.. Seriously, indah tau perasaan cinta padanya. Lebih indah dari bercinta dengan orang lain. Sangat jauh beza keindahannya! Nikmatilah ia..



OH KEKASIHKU!! Cintakan Rasul = Cintakan ILAHI... ^_^

Thursday, September 16, 2010

PENTINGNYA IA..~

andai kau nampak keburukan, maka ubahlah dgn tgn..
andai xmampu ubahlah dgn lisan...
andai xmampu juga, maka ubahlah dgn hati..
dan sesungguhnya, itulah selemah2 iman.

Ha..ayat kat atas ni adalah hadis nabi..hadis sahih ni..
SAHIH = BENAR / BETUL

Ayat ni menerangkan pada kita bahawa sebagai umat ISLAM yang berjiwa merdeka..bersemangat padu..berfikiran matang dan berintegriti / akhlak mulia dan disiplin..TIDAK akan membiarkan temannya hanyut ke lembah kehinaan, lembah kejahatan, lembah dosa dan keburukan.

Oleh itu, dia akan berusaha membantu dan membimbing temannya ke arah yang mahmudah. Bukan hanya kawan dan kenalan yang ingin dibawa..malah, sekiranya mampu, semua makhluk Allah yang bergelar manusia / haiwan yang berfikir ingin dibawanya ke jalan yang lurus.

Kekasih aku penah cakap..dalam sehari tu, kalau kita takde berpesan-pesan dengan kesabaran..maka, dia adalah orang yang rugi.. Haa..korang nak rugi ke?? mesti tak nak kan? hehe.. aku pon tak nak..
Seda tak seda..kita sekarang ni da pon masuk raya yang kelima..huhu cepatnye masa berlalu kan? Oleh kerana aku tak nak tergolong dalam orang yang rugi, aku mula dulu la ye.. Banyak-banyakkanlah takbir, selawat dan berziarah..







Al-maklumlah..bukan senang tau nak datang rumah orang..then, dia hidang makanan..siap dapat duet raya lagi tau.. tapi, kita kena beringat..orang menjamu memang hidangan yang lazat2 lagi berkrim..jadi, kita kenalah pandai mengawal pemakanan kita..nanti lain pulak jadinya..:)

Ha..maka dengan ini..saya telah menyampaikan pesanan dengan lisan (sebenarnya karya) agar anda bisa berubah..JAGALAH KESIHATAN ANDA!!



Tuesday, September 7, 2010

LAZATNYA..~



Wah! ramainya orang..setiap pelusuk ad orang..dengar orang yang dah pernah pergi Mekah..kawasan Masjid Haram ni sangatlah besar! Kalau waktu azan kita baru nak turun pergi ambil air sembahyang dan menuju masjid..Yakinlah..anda tidak akan sempat nak sampai ke tempat bilal mengalunkan azan..huhu
lebih kurang begitulah gambaran luasnya masjid ini.

Biasa kita dengar, bila jemaah-jemaah haji pulang ke tanah air, pasti mereka akan sangat-sangat merindui Masjid ini..bukan sahaj masjid ni..semua masjid dan tempat yang dia pergi ketika menuanaikan haji, semua tempat akan dia rindui..bak kata orang, tengok kubah dia pon jadila..rindu bebeno..hehe pulang je dari menuanikan haji, pasti mereka gembira dan asyik menceritakan kisah mereka ketika berumrah atau menunaikan haji..

Begitu seronoknya dia hingga ke anak cucu mendengar kisah haji neneknya..bkn berhenti disitu sahaja, diakhirat kelak juga didedahkan..gembira dapat menunaikan rukun ISLAM yang ke empat ini. Begitulah jugalah perasaan bagi setiap insan yang melakukan kebaikan. Setiap perbuatan(ibadah) yang dilaksanakan, pasti mendapat ganjarannya. Gembiranya datang kemudian..bukan ketika kita melaksanakan.




mari kita lihat pula perbuatan sebaliknya..yakni perbuatan buruk.. Kita akan gembira melaksanakan perbuatan itu. Akan tetapi, kesannya setelah ia melaksanakan perbuatan itu, hatinya tidak tenang..sentiasa dibelenggu dosa. Gembiranya hanya seketika, sedangkan pilunya membawa hingga ke akhirat. Lihatlah! Marilah kita ambil iktibar..Janganlah kita berbuat nakal, kerana bahgia nya hanya seketika..:)

Monday, September 6, 2010

TERKINI!

Kebenaran di sebalik penipuan dan kebetulan. (shared)

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yang memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas. Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kac televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya? sila lihat sendiri videonya di link ini:

http://www.youtube.com/watch?v=YKN5jW8WJ9Y

Di sini ada beberapa ulasan tentang iklan yang dipaparkan. Sama ada pembaca-pembaca yang bijak sekalian hendak mempercayainya atau tidak, terpulang.




Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka. Berikut adalah keterangan tentang simbolik yang diselitkan.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan (Jika memang terbalik, kenapa imej beca tak diterbalikkan juga?)
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5.Pokok Krismas - Simbol Paganism



Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian (Memang takkan diletakkan muka POPE atau topi Kristian yg sebenar. Ia disimbolikkan. Jika tidak, pasti sudah dapat tentangan sebelum ditayangkan lagi)
3.Pelawaan Menaiki Beca Terbang - Kiasan untuk Pelawaan Masuk Kristian (bukan seperti beca biasa yg menjadi kenderaan bagi segelintir rakyat Malaysia. Beca terbang tidak terdapat di Malaysia mahupun mana2 tempat di dalam bumi ini selain fantasi kanak2 kristian ketika menyambut hari Natal [krismas])
Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Capital of Malaysian Illuminat.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?

Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.

Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..

Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Tidak bolehkah titisan-titisan air ini berpecah lalu terbang bersama titisan-titisan air yang lain atau keluar dari kelopak lalu jatuh ke tanah dan kenapa mesti membentuk 6 segi seperti ini? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).

*diperoleh dari laman sahabat..smoga bermanfaat..