AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM


Get cool stuff @ NackVision.com

Sunday, September 5, 2010

3 PERKARA YANG BEST!

Situasi 1 : "Wah! Seronoknya jadi dia.. serba-serbi boleh.. bagaimanalah agaknya dia boleh jadi macam tu?"
Situasi 2 : "Ish, teruknya dia ni..sapela mak bapak dia ye..tak pandai didik anak ke?? Belajar pun malas! "

Biasalah tu..kalau seseorang individu tu bagus, orang akan cakap dia yang bagus..
Tapi, kalau individu tu teruk, orang akan salahkan mak dan ayah dia..
Kesian kat mak dan ayah kita kn?
so, marilah kite jadi baik! hehe..
ayat ni juga ditujukan pada aku..

Perkara di atas hanya sekadar coretan dari aku..hehe dan xde kaitan sangat pon dengan tajuk ni..
Ha..yang kat bawah ni yang aku nak cite 3 benda yang best!









Ya..inilah jenis-jenis aktiviti Kekasih aku sarankan aku buat. Katanya bagus!.. Ye la..dah tentu-tentu dia tahu ape baiknya..sebab tu dia suruh aku buat. Kekasihku bukan jenis orang yang suka cakap kosong. Setiap kata-kata dia, semua menyedapkan hati dan benar. Sebab tu dia digelar Al-Amin oleh semua orang yang mengenalinya..sejak dari kecil lagi dia sudah mendapat gelaran tersebut..:)
Al-Amin = Jujur

Setiap aktiviti ni, ada banyak manfaat untuk kesihatan dan kecerdasan kita.. Ye la..kita kena la jaga kesihatan kalau nak hidup..hehe

"Al-'aqlu saalim, bil jismi saalim."
-Akal yang sejahtera, datangnya dari badan yang sejahtera-

Kesimpulannya, 
JAGALAH KESIHATAN ANDA!

Hm..kalau nak tahu, kelebihan berenang, ia akan menguatkan otot-otot kita..memanah pula, ia mengajar minda dan penglihatan kita untuk fokus..manakala mendidik kita untuk pandai mengawal serta kuat dan cerdas akan diperoleh apabila kita menunggang kuda. Jadi, apa ditunggu lagi, JOM kita belajar buat semua ni..hehe:) excited!



Friday, September 3, 2010

ANALOGI & CERITA..~

Salam..mood malam ni hanya nak menyampaikan sedikit analogi dan cerita..:)

Analogi 1 : Dunia & Akhirat



"Ad-Dun ya mazro 'atul aakhiroh" 
Dunia ini ibarat ladang..tempat untuk kita bercucuk tanam..sebagai bekalan diakhirat kelak..

"Ad-Dun ya mataa 'ul ghurur"
Dunia ini mengaburi mata..hanya perhiasan yang sementara..tiada manfaat di hari muka..

Analogi dia, seperti karipap yang luarannya, memang nampak sedap..tetapi intinya daripada najis..huhu
EXTREMEnya analogi ni..tapi, terimalah..inilah hakikatnya..

kalau nak karipap tu jadi sedap..dan betol-betol inti kari yang BEST! kenalah kita satukan ia dengan akhirat..
jangan jadi liberal..mengasingkan dunia dan akhirat..mengasingkan agama dan hidup..

Ketahuilah!
Dunia umpama bayang-bayang..
Lagi dikejar, lagi kan hilang..

Akhirat bagaikan cahaya..
lagi di dekati, lagikan besar bayangan anda!

Penjelasan : Kita berada ditengah-tengah..antara bayang-bayang dan cahaya. Lagi kita kejar bayang-bayang(benda yang xmampu dipegang atau dirasa) tu, lagi kita xnampak bayang-bayang kita..kenapa? kerana bayang-bayang kian jauh dari cahaya..manakan ia mampu wujud tanpa cahaya menyuluh objek legap! Jadi, kita pergi mendekati cahaya..sudah tentu-tentunya..secara automatik, bayang-bayang kita kian jelas dan membesar..Renung-renungkan...

Analogi 2 : Peminjam & Pemberi



Katakanla..anda ada sebuah kereta..Anda sayang kereta tu..Satu hari, kawan anda ingin meminjam kereta anda. Anda xkisah..dan anda bagi..walaupun anda memerlukan kereta pada hari itu bagi menguruskan hal anda..oleh kerana, anda juga sayang kawan anda tu. Anda siap bagi duit pada kawan anda untuk isi minyak..bagi kawan anda dapat memandu kereta dengan selesa dan mudah. Tiba-tiba, kawan anda tu gunakan kereta anda untuk tujuan yang salah. Malah, dia gunakan kereta yang anda sayang itu, untuk melanggar anda. Apakah perasaan anda? Bengang kan? Xpatut dia buat begitu pada anda..anda sayang dia, anda bagi dia pinjam kereta anda..then dia khianat anda..Ish3..xpatut2..:(

Begitu jugalah dengan kita..Allah menciptakan kita..Dia bagi kita pinjam segalanya..tangan, kaki..jantung..tubuh yang sempurna..bagi pulak kesihatan dan kecerdasan minda..tapi.......
Apa yang kita balas? Kita langgar perintahNya..Kita suka-suka je buat yang ditegah..malah kadang-kadang kita berbangga dengan perlakuan khianat kita..Renung-Renungkan~..

Analogi 3 : Pentingkan perkara terpenting!

"Adoi......sakitnya perut aku ni..xtahannya nak melabur!..huhu"

"Kring..Kring..Kring"

"Ting-tong"

Haa.....ada 3 situasi sekarang ni..situasi pertama, anda nak melabur sangat-sangat dah ni..situasi kedua, talifon berbunyi..dan ada orang datang ke rumah anda pada waktu yang sama..

# Time is running! #



Apakah yang anda akan laksanakan dulu?

Perut dah meminta untuk dikeluarkan isinya..talifon dah xlarat nak menjerit pinta diangkat..tetamu diluar setia menanti..huhu

Tentu-tentu anda labur dulu kan? Ye la..xkan nak sambut tetamu dalam keadaan anda terbongkok-bongkok menahan perut..dan mulut anda xmampu nak berkata-kata dah ketika itu..

Jadi..anda harus memilih kepentingan yang utama dahulu..bagi mengelakkan mudharatnya..ingat tu!
Pentingkan perkara yang terpenting daripada perkara yang penting!

Andai anda ada di bilik, azan elok-elok je berkumandang kejap tadi..anda ada assignment yang harus dihantar segera dan kawan anda mengajak anda untuk makan bersama..anda harus menunaikan solat dahulu sebelum melaksanakan tugas lain..Ye la..mana tahu anda kemalangan ke dalam perjalanan menuju ke tempat lecturer atau dewan makan..kan da menyesal waktu tu..xboleh nak undur da..fahamilah!

Wednesday, September 1, 2010

KONGSI CERITA..~




Subahanallah..sungguh indah berada dibawah lindungan dan jagaan Allah...~
Tenang sahaja rasa di dalam hati..:)
Serius! Aku tak tipu..
Kalau xpercaya atau nak tahu rasanya, Cubala!
Amik 1 hari yang korang rasa banyak senggang..takde benda yang nak rushing-rushing..korang dok diam-diam dalam bilik..korang zikir..baca Quran..tengok ciptaan Tuhan..tingkatkan puji-pujian pada Yang Menciptakan..
nak best lagi, korang solat sunat..solat je dua rakaat..seriuas aku cakap..korang tak kan menyesal buat gitu..Automatik korang akan rasa tenang je..setenang air yang mengalir..~


"Ala bi zikrillah hi tat ma innal Qulub"
-sesungguhnya, dengan berzikir pada Allah..hati akan tenang-

**************

Korang pernah rasa tak macam hidup korang telah diaturkan..memang korang da plan siap-siap da ape nak buat hari ni..tapi, benda lain yang jadi. Yang best nya, benda lain yang jadi tu..sangat menyeronokkan! atau..sangat memberi kesan untuk hidup anda yang mendatang(bushra la tu)..anda seronok atau berpuas hati dengan benda lain yang jadi tu..pernah tak?
Bushra = Berita Gembira

Ha..Kalau nak tahu,

"Wa ma karu, wa ma karallah..wallah hu khoirol maakirin.."
-kita merancang, Allah juga merancang..dan Dialah sebaik-baik perancang!

Ingat tu! :)


perancangan Allah ni, sangat teliti..kita sendiri pon xperasan yang perancanganNya ini, hinggalah kita di uji..
ha..ujian bukan melalui kesusahan je..kesenangan pon boleh tau..Ujian yang paling sukar untuk kita tempuhi adalah ujian kesenangan..sebab..
Bila manusia dalam kesusahan, hatinya semakin hampir dengan Tuhan..
Bila manusia dalam kesenangan, ia mudah leka dengan kehidupan..
Itulah ragam setiap insan, jarang sedar tentang hari kemudian..
tapi, perlu diingatkan..kefakiran menghampiri kekufuran!
jadi, berjaga dan perpadalah kita..:) 







Monday, August 30, 2010

KEFAHAMAN..~

Perselisihan faham..
Salah faham..
Kurang faham..
Tidak faham...
Tak faham langsung..



Aku tak tahu apa yang harus ditulis..yang aku tahu..aku nak sampaikan pada korang yang kefahaman itu penting..Kefahaman ini akan menyusul bila kita sudah ada ilmu tentang itu (perkara yang perlu difahami).
Biasanya, bila kita dah faham secara automatik kita akan cakap........
"o0o0o0o0oooooo..."
"Aaaaa......"
"Fahamlah saya.."
Ha..dah sampai makna la tu..(dah fahamla maksudnya tu..)

Kefahaman ini biasanya seiring dengan ilmu kita..kalau kita punya ilmu takat buku lali je..maka itu la yang akan kita faham..kalau ilmu kita takat pinggang, takat itu la yang kita faham..

contoh terdekat..yang pernah berlaku pada aku sendiri..

Aku mula tidur jam 12.30p.m..nak Qailullah* la konon..aku tak terjaga pada jam1.15p.m itu..aku hanya terjaga ketika jam menunjukkan lagi 2 minit, nak masuk waktu asar. Sudah! kelam-kabut aku bangun dan ambil air sembahyang dan terus sembahyang. Ketika aku solat, aku teringat ustaz pernah ajar begini..
*Qailullah = Tidur sebentar sebelum zohor (sunnah Nabi ni..^_^)


 Ustaz : Murid-murid..andai kamu sudah dalam kesuntukan masa untuk solat, maka kamu boleh solat dengan hanya membaca Al-Fatihah sahaja!


Maka, dengan kedengkelan ilmu aku, aku hanya solat dengan hanya membaca Al-Fatihah sahaja..ketika aku ruku' dan sujud, aku tidak membaca apa-apa. Aku hanya ruku' n sujud sejenak dan bangun kembali..Begitu juga dengan tahiyat. Astaghfirullah..inilah contoh pelajar yang tak bagus..malas bertanya! (jangan contohi ya!)

Itulah fahaman aku ketika itu..Aku pulak tiada kesedaran untuk bertanya lebih lanjut pada ustaz/ah. Setelah lama peristiwa itu berlaku..fahaman aku tentang solat pun semakin menebal..(tapi tidaklah sempurna lagi..masih menuntut), barulah aku faham erti solat dalam kecemasan itu..bukanlah hanya membaca Al-Fatihah sahaja tanpa bacaan lain.

Pendek kata, kalau rasa tak faham tu..jangan disimpan..tanya terus..
Kenapa kita tak faham?
Kerana otak kita berfikir..
Kenapa ia berfikir?
Kerana ia nak kan ilmu..
Kenapa ia nak ilmu?
Untuk bekalan kita dihari mendatang..
Kesimpulannya, banyak-banyaklah bertanya agar anda tidak salah faham.

Jadi, bersempena hari MERDEKA ni..aku harap korang faham-fahamkanla apa maksud merdeka tu..
Adakah ia cukup sekadar kita meraikan kemerdekaan dengan pasang bendera pada kenderaan & rumah. (teringat aku masa kecik dulu, aku semangat menyambut hari merdeka, aku pasang bendera Malaysia pada basikal aku seminggu sebelum merdeka lagi..hehe..semangat2x)



atau cukup sekadar anda rasa syukur kerana negara tidak dijajah lagi dan berterima kasih pada pejuang-pejuang kemerdekaan?

Fikir-fikirkanlah! Fahamilah sendiri apakah erti merdeka itu..bukan hanya dari sudut lahiriah, fikir-fikirkanlah batiniah atau rohaniah nya sekali.. SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA & SELAMAT BERAMAL DI SEPULUH MALAM YANG TERAKHIR RAMADHAN!!  

AL-KISAH..~

ISLAM tu menyusahkan ke??

ISLAM tu memaksa ke??

ISLAM tu ganas ke??

"Hm..macam mana ye nak jawab persoalan dalam diri aku ni??" bisikku dalam hati.

Tiba-tiba, ternampaklah aku akan sebuah buku ni..(hehe..ayat ntah ape-ape je..)
aku ambil dan aku belek-belek ia..justeru membacanya.

Wah, ku temui jawapan persoalan dibenakku! Maha suci Allah..sungguh hebat perancanganMu.. Hatiku baru sahaja terdetik persoalan, telah Kau hulurkan jawapan. Terima Kasih Ya Allah! Syukran Ya Habibi! 
(Syukran = Terima Kasih)
(Habib = Kekasih)
(Habibi = Kekasihku)

Hm..kembali kepada persoalanku..

ISLAM itu MUDAH!

ISLAM itu SUKARELA!

ISLAM itu KEHARMONIAN!

Kenapa aku cakap macam tu?? Ape buktinya??

Pada prinsipnya, ISLAM itu memang mudah..HANYA manusia yang merumitkan Islam itu sendiri. Cuba korang baca petikan ni..

~MEMOHON KEMAAFAN~

Kita nak minta maaf pada Tuhan kita, hanya dengan doa sahaja.. Doa yang bersungguh-sungguh.. Kita benar-benar mengharap, insyaAllah, kita diampunkan. Tanpa perlu kita mengeluarkan sedikit wang pon..juga tanpa perlu kita menyeksa diri. Mudah kan?

Islam..Ia tidak pernah memaksa orang beragama lain menganut agamanya, seperti dalam 1 ayat Al-Quran ini..

"Tiada paksaan didalam beragama" (Al-Baqarah:256)

Fahami betul-betul ayat ni..kerana anda mungkin salah faham dengan ayat ni.
Penjelasan ringkasnya, tiada paksaan dalam menganut agama. Tetapi, andai anda telah membuat keputusan menganut Islam, maka anda hendaklah menerima Islam sepenuhnya. Ha...kene faham tu.. 

Dan ingat balik ayat tadi.. Islam itu mudah dan tidak memaksa.. maka, kita baru je masuk Islam kn?? buatla sedikit-sedikit perubahan. Jangan terus secara drastik kita berubah.. Ubahla sedikit demi sedikit.. "Sesungguhnya, sebaik-baik amalan adalah bersederhana @ konsisten" ayat ni bukan saya yang cakap..Nabi yang sabda. (kalau nabi, kita xcakap nabi cakap..tapi kita cakap nabi sabda)

Banyak yang kita dengar dari media massa, mengatakan Islam itu pengganas, mengganas, suka keganasan.

Sekiranya anda pon fikir begitu, cuba anda fikir balik..hehe
"Islam itu paling tinggi, dan tiada apa yang lebih tinggi darinya"
"Sesungguhnya, agama disisi Allah adalah agama Islam"

Hm..kenape ayat ni wujud dalam Quran?? Sedangkan apa yang digembar-gemburkan dalam media amat menyangkalnya..

Bolehkah anda berikan kepada saya bukti Islam itu ganas?? kalau ada, tunjukkan pada saya.. diingatkan, jangan pendekkan bukti itu..kerana setiap kejadian boleh mengubah sesuatu keputusan.

Pendek kata, dalamilah Islam..pasti anda tahu kenapa saya begitu menegakkan Islam ini terbaik! Islam tidak perlukan saya, sebaliknya saya yang amat memerlukan Islam! 

Kenapa?

Kerana Allah telah buktikan dengan kuasaNya yang Islam itu yang benar! Islam telah Allah janjikan menang! dan sesungguhnya janji Allah itu pasti.. ayat ni bukan saya cakap..Allah yang berfirman.. (kalau Allah, kita xcakap Allah cakap..tapi Allah Firman)

Bagaimana untuk dalami Islam?? Belajarlah! hehe.. sekalipun anda mempelajari basic, ia dah cukup jadi bekalan hidup anda..justeru ia akan merangsang anda bagi meningkatkan lagi ilmu anda tentang Islam. Percayalah!



Ingin saya kongsikan sebuah cerita..semoga anda terhibur! ^_^

~SI TUDUNG LABUH vs SI TUDUNG BIASA~

Suatu hari, ada seekor syaitan yang ingin menguji iman manusia. Jadi dia jelmakan dirinya menjadi sesuatu.. Lalu, dia pergi berjumpa dengan Si Tudung Labuh, perbincangannya seperti dibawah :

Syaitan : Percayalah engkau bahawa aku adalah Allah

Lalu syaitan ini menunjukkan sedikit kuasanya..maka kata Si Tudung Labuh ini berkata,

Si Tudung Labuh : Syukur! Akhirnya aku bertemu mu Ya Allah..

Betapa gembira syaitan ini kerana berjaya menipu (mensyrikkan) orang yang bertudung labuh itu. Maka dengan sukacitanya, syaitan ini pergi bertemu dengan Si Tudung Biasa pula. Dengan perasaan yakin dihatinya bahawa dia pasti akan berjaya menipu Si Tudung Biasa ini.

Syaitan : Percayalah! Sesungguhnya aku adalah Tuhanmu..

Si Tudung Biasa : 'A 'u zubillah hi mina syaiton nir rajim..(beristi'azah)

Syaitan : Aik? Bagaimana kau mengetahui bahawa aku bukan Tuhanmu?

Si Tudung Biasa : Kerana Tuhan tidak akan menyerupai sesuatu pun..

Maka, tumpaslah syaitan ditangan Si Tudung Biasa..
Kesimpulannya disini, BUKAN semestinya kita berpenampilan alim atau wara' untuk kita menuntut ilmu agama dan PENTINGNYA kita memepelajari serta mendalami ASAS-ASAS ISLAM..

Renung-renungkan..^_^ 

Segala yang saya sampaikan ini, semuanya untuk dibincang bersama..dikongsi bersama.."sharing is caring!" right?? Andai ada yang ingin dibincangkan, silakan..saya amat mengalau-alukan..mudah-mudahan kita dapat berkongsi pendapat dan maklumat.


Monday, August 23, 2010

KITAB KUNING..~



~sekadar gambar hiasan~

Kitab kuning??
Ape tu??
Ha..kalau kawan-kawan nak tahu, Kitab adalah perkataan arab, yang mana aksudnya adalah buku.
Kitab = Buku
Kutub = Buku-buku

Aik??
Bukan tadi kata kitab kuning ke??
ni kitab biru namanya..warnanya pon da jelas-jelas biru..(ni yang musykil ni..)

Haah kan, kenapa dipanggil Kitab Kuning??
Ia dipanggil kitab kuning kerana ia adalah kitab lama. Kitab ini telah dikarang oleh ulama'-ulama' dahulu kala..

Bile kitab lama, pasti kita akan gambarkan kitab yang warna kuning kn?? da usang.. kitab yang kadang-kadang, kita pon xpaham ape yang ditulis didalamnya.. Kebiasaannya, kitab ni dalam bahasa arab dan ada juga dalam tulisan jawi. Rumi?? xada kot..huhu

Kitab Kuning ni ada banyak cabangnya..Tapi, apa yang penting ia menyeluruh! Setiap ilmu yang dikarang didalamnya, diterangkan bermula dari akar hingga ke pucuk..bak kata orang, A to Z.. Secara seluruhnya dan dari segala aspek..:)

Hm..hebat kan karya orang dulu..ilmunya lengkap dan luas. Xmacam kita, khusunya saya. Baru belajar banyak mata pelajaran sikit, sudah berserabut kepala otak. Alamak, pecah rahsia saya! Tapi, memang saya akui..zaman sekarang, pemikiran manusia tidak seperti pmikiran orang dahulu..tambah lagi, kita terikat dengan ideologi liberalisme, sekularisme dan lain-lain.

Ooops! da terlari tajuk..Kita kembali semula,

Cuba kalian bayangkan, Kitab Kuning yang dikarang oleh ulama'-ulama' dahulu itu pon da cukup banyak ilmu terkandung di dalamnya..inikan pulak, nak banding dengan kitab Penciptanya(manusia). Tentu-tentunya jauh panggang dari api beza ketinggian ilmunya.

Subahanallah..Marilah bersama-sama kita menghayati KitabNya yakni Al-Quranul Kareem..bersempena penurunannya di dalam bulan yang mulia ini..yakni Ramadhan mubarak!^_^

Saturday, August 14, 2010

INDAHNYA..~

Dalam masa yang senggang ini..
aku cuba isi dengan aktiviti yang bermanfaat..
maklumlah, bulan ramadhan..segala amalan / ibadah kita diberi ganjaran berganda-ganda..rugi sangatla kalau aku membuang masa begitu sahaja. Bagi aku, inilah masa yang paling baik untuk aku berubah. Aku perlu rebut peluang ini.

titik perubahan bermula disini..:)


~hati~

pernah aku mendengar, orang cakap, "Andai kau ingin berubah, jangan bertangguh!! bermula dari sekarang!" Jadi, aku fikir, sekaranglah titik permulaannya. Hatiku perlu diberi penyuluh..rohaniku dahagakan cahaya..jasadku meronta-ronta..agar ia tidak lagi disalah guna. mudah-mudahan titik pemula ini tidak seperti hangat-hangat tahi ayam. Doakan aku ya!!

Aku memulakan hari yang indah ini dengan membaca blog sahabat-sahabatku..
Wah! karya mereka sungguh memberangsangkan..ada yang mengeluarkan pendapat, ada yang suka memberi informasi terkini, ada yang mempromosikan produk dan tidak kurang juga yang menceritakan perihal berlaku pada diri.

Bahagia rasanya..melihat sahabat-sahabatku membangun. Disamping itu, terasa kerdil juga diri ini.. Subahanallah!! CiptaanMu Tuhan, ilmu yang satu mempunyai pelbagai tafsiran serta cabangnya. Impressed!!
Sungguh luas ilmuMu Tuhan.. Moga aku dapat membangunkan diriku seiring dengan semasa. MEMBANGUN BERSAMA ISLAM! 

"Orang yang paling rugi di dunia ini adalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam"

renung-renungkan dan hayatilah!