AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM


Get cool stuff @ NackVision.com

Monday, August 30, 2010

AL-KISAH..~

ISLAM tu menyusahkan ke??

ISLAM tu memaksa ke??

ISLAM tu ganas ke??

"Hm..macam mana ye nak jawab persoalan dalam diri aku ni??" bisikku dalam hati.

Tiba-tiba, ternampaklah aku akan sebuah buku ni..(hehe..ayat ntah ape-ape je..)
aku ambil dan aku belek-belek ia..justeru membacanya.

Wah, ku temui jawapan persoalan dibenakku! Maha suci Allah..sungguh hebat perancanganMu.. Hatiku baru sahaja terdetik persoalan, telah Kau hulurkan jawapan. Terima Kasih Ya Allah! Syukran Ya Habibi! 
(Syukran = Terima Kasih)
(Habib = Kekasih)
(Habibi = Kekasihku)

Hm..kembali kepada persoalanku..

ISLAM itu MUDAH!

ISLAM itu SUKARELA!

ISLAM itu KEHARMONIAN!

Kenapa aku cakap macam tu?? Ape buktinya??

Pada prinsipnya, ISLAM itu memang mudah..HANYA manusia yang merumitkan Islam itu sendiri. Cuba korang baca petikan ni..

~MEMOHON KEMAAFAN~

Kita nak minta maaf pada Tuhan kita, hanya dengan doa sahaja.. Doa yang bersungguh-sungguh.. Kita benar-benar mengharap, insyaAllah, kita diampunkan. Tanpa perlu kita mengeluarkan sedikit wang pon..juga tanpa perlu kita menyeksa diri. Mudah kan?

Islam..Ia tidak pernah memaksa orang beragama lain menganut agamanya, seperti dalam 1 ayat Al-Quran ini..

"Tiada paksaan didalam beragama" (Al-Baqarah:256)

Fahami betul-betul ayat ni..kerana anda mungkin salah faham dengan ayat ni.
Penjelasan ringkasnya, tiada paksaan dalam menganut agama. Tetapi, andai anda telah membuat keputusan menganut Islam, maka anda hendaklah menerima Islam sepenuhnya. Ha...kene faham tu.. 

Dan ingat balik ayat tadi.. Islam itu mudah dan tidak memaksa.. maka, kita baru je masuk Islam kn?? buatla sedikit-sedikit perubahan. Jangan terus secara drastik kita berubah.. Ubahla sedikit demi sedikit.. "Sesungguhnya, sebaik-baik amalan adalah bersederhana @ konsisten" ayat ni bukan saya yang cakap..Nabi yang sabda. (kalau nabi, kita xcakap nabi cakap..tapi kita cakap nabi sabda)

Banyak yang kita dengar dari media massa, mengatakan Islam itu pengganas, mengganas, suka keganasan.

Sekiranya anda pon fikir begitu, cuba anda fikir balik..hehe
"Islam itu paling tinggi, dan tiada apa yang lebih tinggi darinya"
"Sesungguhnya, agama disisi Allah adalah agama Islam"

Hm..kenape ayat ni wujud dalam Quran?? Sedangkan apa yang digembar-gemburkan dalam media amat menyangkalnya..

Bolehkah anda berikan kepada saya bukti Islam itu ganas?? kalau ada, tunjukkan pada saya.. diingatkan, jangan pendekkan bukti itu..kerana setiap kejadian boleh mengubah sesuatu keputusan.

Pendek kata, dalamilah Islam..pasti anda tahu kenapa saya begitu menegakkan Islam ini terbaik! Islam tidak perlukan saya, sebaliknya saya yang amat memerlukan Islam! 

Kenapa?

Kerana Allah telah buktikan dengan kuasaNya yang Islam itu yang benar! Islam telah Allah janjikan menang! dan sesungguhnya janji Allah itu pasti.. ayat ni bukan saya cakap..Allah yang berfirman.. (kalau Allah, kita xcakap Allah cakap..tapi Allah Firman)

Bagaimana untuk dalami Islam?? Belajarlah! hehe.. sekalipun anda mempelajari basic, ia dah cukup jadi bekalan hidup anda..justeru ia akan merangsang anda bagi meningkatkan lagi ilmu anda tentang Islam. Percayalah!



Ingin saya kongsikan sebuah cerita..semoga anda terhibur! ^_^

~SI TUDUNG LABUH vs SI TUDUNG BIASA~

Suatu hari, ada seekor syaitan yang ingin menguji iman manusia. Jadi dia jelmakan dirinya menjadi sesuatu.. Lalu, dia pergi berjumpa dengan Si Tudung Labuh, perbincangannya seperti dibawah :

Syaitan : Percayalah engkau bahawa aku adalah Allah

Lalu syaitan ini menunjukkan sedikit kuasanya..maka kata Si Tudung Labuh ini berkata,

Si Tudung Labuh : Syukur! Akhirnya aku bertemu mu Ya Allah..

Betapa gembira syaitan ini kerana berjaya menipu (mensyrikkan) orang yang bertudung labuh itu. Maka dengan sukacitanya, syaitan ini pergi bertemu dengan Si Tudung Biasa pula. Dengan perasaan yakin dihatinya bahawa dia pasti akan berjaya menipu Si Tudung Biasa ini.

Syaitan : Percayalah! Sesungguhnya aku adalah Tuhanmu..

Si Tudung Biasa : 'A 'u zubillah hi mina syaiton nir rajim..(beristi'azah)

Syaitan : Aik? Bagaimana kau mengetahui bahawa aku bukan Tuhanmu?

Si Tudung Biasa : Kerana Tuhan tidak akan menyerupai sesuatu pun..

Maka, tumpaslah syaitan ditangan Si Tudung Biasa..
Kesimpulannya disini, BUKAN semestinya kita berpenampilan alim atau wara' untuk kita menuntut ilmu agama dan PENTINGNYA kita memepelajari serta mendalami ASAS-ASAS ISLAM..

Renung-renungkan..^_^ 

Segala yang saya sampaikan ini, semuanya untuk dibincang bersama..dikongsi bersama.."sharing is caring!" right?? Andai ada yang ingin dibincangkan, silakan..saya amat mengalau-alukan..mudah-mudahan kita dapat berkongsi pendapat dan maklumat.


No comments:

Post a Comment