AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM


Get cool stuff @ NackVision.com

Friday, August 13, 2010

RASA KASIH DAN SAYANG..~

Seumur hidup aku, aku sentiasa dikelilingi oleh kawan-kawan yang hebat. Sedangkan dirku bukanlah insan yang hebat. Aku cukup hargainya. kawan-kawanku sangat mmengambil berat akan diriku dan selalu menemaniku dikala aku kesenangan mahupun kesusahan. Kini, kenalan yang baik, semua ku gelarkan sahabat!


Teringat aku akan kisah Kekasihku..
Dia mempunyai 2 orang sahabat yang paling rapat. Kemana saja Dia pergi, pasti ditemani oleh sahabatnya. Budi pekerti Kekasihku sangat mulia. Ramai orang senang berkawan dengannya. Kebaikannya tidak mampu disangkal sekalipun oleh musuhnya. Sahabatnya sentiasa menjaga kemaslahatan dirinya. Begitu juga Dia. Dia pernah cakap,

"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi  dia tidak mengasihi sahabatnya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri."

Begitulah kasihnya kekasihku kepada sahabatnya. Kekasihku sanggup berkongsi sebiji tamar kekasihku bersama sahabatnya. Sedangkan itulah satu-satunya makanan yang kekasihku ada dan disantap hari itu. Tidak kalah juga sahabat Kekasihku yang sanggup meninggalkan segalanya demi mengikut Kekasihku berhijrah. Kekasihku sentiasa mendahulukan orang lain berbanding dirinya sendiri. Pernah aku mendengar pepatah berkata, " Kawan kita menggambarkan siapakah kita"

"Andai kau berkawan dengan penjual pewangi,
maka haruman itu akan melekat padamu..
Andai kau berkawan dengan tukang besi,
maka serpihan besi itu akan melekat padamu."
Terserah padamu..kawan manakah yang ingin kau pilih..

Salah seorang sahabat kekasihku pernah berkata, "Andai rakyatku memiliki kemewahan, akulah orang yang terakhir merasainya..tetapi, andai rakyatku menerima penderitaan, akulah orang yang pertama merasainya" Huh!! indahnya persahabatan Kekasihku.. Kekasihku, sikapnya tegas! tetapi lembut di waktu yang lain. Dia pemurah walaupun miskin. Dia kaya (budi pekerti) dan bijak. Kekasihkulah orang TERBAIK yang pernah ku kenali. Aku jamin!!

Ingin tahu siapakah kekasihku yang hebat itu??
Dialah, Utusan Allah!! Dialah Muhammad Bin Abdullah...


No comments:

Post a Comment