AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM


Get cool stuff @ NackVision.com

Monday, August 30, 2010

KEFAHAMAN..~

Perselisihan faham..
Salah faham..
Kurang faham..
Tidak faham...
Tak faham langsung..



Aku tak tahu apa yang harus ditulis..yang aku tahu..aku nak sampaikan pada korang yang kefahaman itu penting..Kefahaman ini akan menyusul bila kita sudah ada ilmu tentang itu (perkara yang perlu difahami).
Biasanya, bila kita dah faham secara automatik kita akan cakap........
"o0o0o0o0oooooo..."
"Aaaaa......"
"Fahamlah saya.."
Ha..dah sampai makna la tu..(dah fahamla maksudnya tu..)

Kefahaman ini biasanya seiring dengan ilmu kita..kalau kita punya ilmu takat buku lali je..maka itu la yang akan kita faham..kalau ilmu kita takat pinggang, takat itu la yang kita faham..

contoh terdekat..yang pernah berlaku pada aku sendiri..

Aku mula tidur jam 12.30p.m..nak Qailullah* la konon..aku tak terjaga pada jam1.15p.m itu..aku hanya terjaga ketika jam menunjukkan lagi 2 minit, nak masuk waktu asar. Sudah! kelam-kabut aku bangun dan ambil air sembahyang dan terus sembahyang. Ketika aku solat, aku teringat ustaz pernah ajar begini..
*Qailullah = Tidur sebentar sebelum zohor (sunnah Nabi ni..^_^)


 Ustaz : Murid-murid..andai kamu sudah dalam kesuntukan masa untuk solat, maka kamu boleh solat dengan hanya membaca Al-Fatihah sahaja!


Maka, dengan kedengkelan ilmu aku, aku hanya solat dengan hanya membaca Al-Fatihah sahaja..ketika aku ruku' dan sujud, aku tidak membaca apa-apa. Aku hanya ruku' n sujud sejenak dan bangun kembali..Begitu juga dengan tahiyat. Astaghfirullah..inilah contoh pelajar yang tak bagus..malas bertanya! (jangan contohi ya!)

Itulah fahaman aku ketika itu..Aku pulak tiada kesedaran untuk bertanya lebih lanjut pada ustaz/ah. Setelah lama peristiwa itu berlaku..fahaman aku tentang solat pun semakin menebal..(tapi tidaklah sempurna lagi..masih menuntut), barulah aku faham erti solat dalam kecemasan itu..bukanlah hanya membaca Al-Fatihah sahaja tanpa bacaan lain.

Pendek kata, kalau rasa tak faham tu..jangan disimpan..tanya terus..
Kenapa kita tak faham?
Kerana otak kita berfikir..
Kenapa ia berfikir?
Kerana ia nak kan ilmu..
Kenapa ia nak ilmu?
Untuk bekalan kita dihari mendatang..
Kesimpulannya, banyak-banyaklah bertanya agar anda tidak salah faham.

Jadi, bersempena hari MERDEKA ni..aku harap korang faham-fahamkanla apa maksud merdeka tu..
Adakah ia cukup sekadar kita meraikan kemerdekaan dengan pasang bendera pada kenderaan & rumah. (teringat aku masa kecik dulu, aku semangat menyambut hari merdeka, aku pasang bendera Malaysia pada basikal aku seminggu sebelum merdeka lagi..hehe..semangat2x)



atau cukup sekadar anda rasa syukur kerana negara tidak dijajah lagi dan berterima kasih pada pejuang-pejuang kemerdekaan?

Fikir-fikirkanlah! Fahamilah sendiri apakah erti merdeka itu..bukan hanya dari sudut lahiriah, fikir-fikirkanlah batiniah atau rohaniah nya sekali.. SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA & SELAMAT BERAMAL DI SEPULUH MALAM YANG TERAKHIR RAMADHAN!!  

2 comments:

  1. Perselisihan faham..
    Salah faham..
    Kurang faham..
    Tidak faham...
    Tak faham langsung..
    *semua di atas bahaya, tp lg bahaya klau x nak faham, hati x nak trima lgsung ilmu n nasihat..
    moga djauhkn dr pnyakit ni..

    ReplyDelete