aku cuba isi dengan aktiviti yang bermanfaat..
maklumlah, bulan ramadhan..segala amalan / ibadah kita diberi ganjaran berganda-ganda..rugi sangatla kalau aku membuang masa begitu sahaja. Bagi aku, inilah masa yang paling baik untuk aku berubah. Aku perlu rebut peluang ini.
titik perubahan bermula disini..:)
~hati~
pernah aku mendengar, orang cakap, "Andai kau ingin berubah, jangan bertangguh!! bermula dari sekarang!" Jadi, aku fikir, sekaranglah titik permulaannya. Hatiku perlu diberi penyuluh..rohaniku dahagakan cahaya..jasadku meronta-ronta..agar ia tidak lagi disalah guna. mudah-mudahan titik pemula ini tidak seperti hangat-hangat tahi ayam. Doakan aku ya!!
Aku memulakan hari yang indah ini dengan membaca blog sahabat-sahabatku..
Wah! karya mereka sungguh memberangsangkan..ada yang mengeluarkan pendapat, ada yang suka memberi informasi terkini, ada yang mempromosikan produk dan tidak kurang juga yang menceritakan perihal berlaku pada diri.
Bahagia rasanya..melihat sahabat-sahabatku membangun. Disamping itu, terasa kerdil juga diri ini.. Subahanallah!! CiptaanMu Tuhan, ilmu yang satu mempunyai pelbagai tafsiran serta cabangnya. Impressed!!
Sungguh luas ilmuMu Tuhan.. Moga aku dapat membangunkan diriku seiring dengan semasa. MEMBANGUN BERSAMA ISLAM!
"Orang yang paling rugi di dunia ini adalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam"
renung-renungkan dan hayatilah!
welcome to blogger world ya ukhti..
ReplyDeletesemoga kita dpt memberi manfaat kpd org yang membaca di luar sana..
rindu akk =)
salam...moga ukhwh berpnjgn...
ReplyDeletemoga segala usaha di berkati Allah =)