AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN BIKUM


Get cool stuff @ NackVision.com

Monday, August 30, 2010

KEFAHAMAN..~

Perselisihan faham..
Salah faham..
Kurang faham..
Tidak faham...
Tak faham langsung..



Aku tak tahu apa yang harus ditulis..yang aku tahu..aku nak sampaikan pada korang yang kefahaman itu penting..Kefahaman ini akan menyusul bila kita sudah ada ilmu tentang itu (perkara yang perlu difahami).
Biasanya, bila kita dah faham secara automatik kita akan cakap........
"o0o0o0o0oooooo..."
"Aaaaa......"
"Fahamlah saya.."
Ha..dah sampai makna la tu..(dah fahamla maksudnya tu..)

Kefahaman ini biasanya seiring dengan ilmu kita..kalau kita punya ilmu takat buku lali je..maka itu la yang akan kita faham..kalau ilmu kita takat pinggang, takat itu la yang kita faham..

contoh terdekat..yang pernah berlaku pada aku sendiri..

Aku mula tidur jam 12.30p.m..nak Qailullah* la konon..aku tak terjaga pada jam1.15p.m itu..aku hanya terjaga ketika jam menunjukkan lagi 2 minit, nak masuk waktu asar. Sudah! kelam-kabut aku bangun dan ambil air sembahyang dan terus sembahyang. Ketika aku solat, aku teringat ustaz pernah ajar begini..
*Qailullah = Tidur sebentar sebelum zohor (sunnah Nabi ni..^_^)


 Ustaz : Murid-murid..andai kamu sudah dalam kesuntukan masa untuk solat, maka kamu boleh solat dengan hanya membaca Al-Fatihah sahaja!


Maka, dengan kedengkelan ilmu aku, aku hanya solat dengan hanya membaca Al-Fatihah sahaja..ketika aku ruku' dan sujud, aku tidak membaca apa-apa. Aku hanya ruku' n sujud sejenak dan bangun kembali..Begitu juga dengan tahiyat. Astaghfirullah..inilah contoh pelajar yang tak bagus..malas bertanya! (jangan contohi ya!)

Itulah fahaman aku ketika itu..Aku pulak tiada kesedaran untuk bertanya lebih lanjut pada ustaz/ah. Setelah lama peristiwa itu berlaku..fahaman aku tentang solat pun semakin menebal..(tapi tidaklah sempurna lagi..masih menuntut), barulah aku faham erti solat dalam kecemasan itu..bukanlah hanya membaca Al-Fatihah sahaja tanpa bacaan lain.

Pendek kata, kalau rasa tak faham tu..jangan disimpan..tanya terus..
Kenapa kita tak faham?
Kerana otak kita berfikir..
Kenapa ia berfikir?
Kerana ia nak kan ilmu..
Kenapa ia nak ilmu?
Untuk bekalan kita dihari mendatang..
Kesimpulannya, banyak-banyaklah bertanya agar anda tidak salah faham.

Jadi, bersempena hari MERDEKA ni..aku harap korang faham-fahamkanla apa maksud merdeka tu..
Adakah ia cukup sekadar kita meraikan kemerdekaan dengan pasang bendera pada kenderaan & rumah. (teringat aku masa kecik dulu, aku semangat menyambut hari merdeka, aku pasang bendera Malaysia pada basikal aku seminggu sebelum merdeka lagi..hehe..semangat2x)



atau cukup sekadar anda rasa syukur kerana negara tidak dijajah lagi dan berterima kasih pada pejuang-pejuang kemerdekaan?

Fikir-fikirkanlah! Fahamilah sendiri apakah erti merdeka itu..bukan hanya dari sudut lahiriah, fikir-fikirkanlah batiniah atau rohaniah nya sekali.. SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA & SELAMAT BERAMAL DI SEPULUH MALAM YANG TERAKHIR RAMADHAN!!  

AL-KISAH..~

ISLAM tu menyusahkan ke??

ISLAM tu memaksa ke??

ISLAM tu ganas ke??

"Hm..macam mana ye nak jawab persoalan dalam diri aku ni??" bisikku dalam hati.

Tiba-tiba, ternampaklah aku akan sebuah buku ni..(hehe..ayat ntah ape-ape je..)
aku ambil dan aku belek-belek ia..justeru membacanya.

Wah, ku temui jawapan persoalan dibenakku! Maha suci Allah..sungguh hebat perancanganMu.. Hatiku baru sahaja terdetik persoalan, telah Kau hulurkan jawapan. Terima Kasih Ya Allah! Syukran Ya Habibi! 
(Syukran = Terima Kasih)
(Habib = Kekasih)
(Habibi = Kekasihku)

Hm..kembali kepada persoalanku..

ISLAM itu MUDAH!

ISLAM itu SUKARELA!

ISLAM itu KEHARMONIAN!

Kenapa aku cakap macam tu?? Ape buktinya??

Pada prinsipnya, ISLAM itu memang mudah..HANYA manusia yang merumitkan Islam itu sendiri. Cuba korang baca petikan ni..

~MEMOHON KEMAAFAN~

Kita nak minta maaf pada Tuhan kita, hanya dengan doa sahaja.. Doa yang bersungguh-sungguh.. Kita benar-benar mengharap, insyaAllah, kita diampunkan. Tanpa perlu kita mengeluarkan sedikit wang pon..juga tanpa perlu kita menyeksa diri. Mudah kan?

Islam..Ia tidak pernah memaksa orang beragama lain menganut agamanya, seperti dalam 1 ayat Al-Quran ini..

"Tiada paksaan didalam beragama" (Al-Baqarah:256)

Fahami betul-betul ayat ni..kerana anda mungkin salah faham dengan ayat ni.
Penjelasan ringkasnya, tiada paksaan dalam menganut agama. Tetapi, andai anda telah membuat keputusan menganut Islam, maka anda hendaklah menerima Islam sepenuhnya. Ha...kene faham tu.. 

Dan ingat balik ayat tadi.. Islam itu mudah dan tidak memaksa.. maka, kita baru je masuk Islam kn?? buatla sedikit-sedikit perubahan. Jangan terus secara drastik kita berubah.. Ubahla sedikit demi sedikit.. "Sesungguhnya, sebaik-baik amalan adalah bersederhana @ konsisten" ayat ni bukan saya yang cakap..Nabi yang sabda. (kalau nabi, kita xcakap nabi cakap..tapi kita cakap nabi sabda)

Banyak yang kita dengar dari media massa, mengatakan Islam itu pengganas, mengganas, suka keganasan.

Sekiranya anda pon fikir begitu, cuba anda fikir balik..hehe
"Islam itu paling tinggi, dan tiada apa yang lebih tinggi darinya"
"Sesungguhnya, agama disisi Allah adalah agama Islam"

Hm..kenape ayat ni wujud dalam Quran?? Sedangkan apa yang digembar-gemburkan dalam media amat menyangkalnya..

Bolehkah anda berikan kepada saya bukti Islam itu ganas?? kalau ada, tunjukkan pada saya.. diingatkan, jangan pendekkan bukti itu..kerana setiap kejadian boleh mengubah sesuatu keputusan.

Pendek kata, dalamilah Islam..pasti anda tahu kenapa saya begitu menegakkan Islam ini terbaik! Islam tidak perlukan saya, sebaliknya saya yang amat memerlukan Islam! 

Kenapa?

Kerana Allah telah buktikan dengan kuasaNya yang Islam itu yang benar! Islam telah Allah janjikan menang! dan sesungguhnya janji Allah itu pasti.. ayat ni bukan saya cakap..Allah yang berfirman.. (kalau Allah, kita xcakap Allah cakap..tapi Allah Firman)

Bagaimana untuk dalami Islam?? Belajarlah! hehe.. sekalipun anda mempelajari basic, ia dah cukup jadi bekalan hidup anda..justeru ia akan merangsang anda bagi meningkatkan lagi ilmu anda tentang Islam. Percayalah!



Ingin saya kongsikan sebuah cerita..semoga anda terhibur! ^_^

~SI TUDUNG LABUH vs SI TUDUNG BIASA~

Suatu hari, ada seekor syaitan yang ingin menguji iman manusia. Jadi dia jelmakan dirinya menjadi sesuatu.. Lalu, dia pergi berjumpa dengan Si Tudung Labuh, perbincangannya seperti dibawah :

Syaitan : Percayalah engkau bahawa aku adalah Allah

Lalu syaitan ini menunjukkan sedikit kuasanya..maka kata Si Tudung Labuh ini berkata,

Si Tudung Labuh : Syukur! Akhirnya aku bertemu mu Ya Allah..

Betapa gembira syaitan ini kerana berjaya menipu (mensyrikkan) orang yang bertudung labuh itu. Maka dengan sukacitanya, syaitan ini pergi bertemu dengan Si Tudung Biasa pula. Dengan perasaan yakin dihatinya bahawa dia pasti akan berjaya menipu Si Tudung Biasa ini.

Syaitan : Percayalah! Sesungguhnya aku adalah Tuhanmu..

Si Tudung Biasa : 'A 'u zubillah hi mina syaiton nir rajim..(beristi'azah)

Syaitan : Aik? Bagaimana kau mengetahui bahawa aku bukan Tuhanmu?

Si Tudung Biasa : Kerana Tuhan tidak akan menyerupai sesuatu pun..

Maka, tumpaslah syaitan ditangan Si Tudung Biasa..
Kesimpulannya disini, BUKAN semestinya kita berpenampilan alim atau wara' untuk kita menuntut ilmu agama dan PENTINGNYA kita memepelajari serta mendalami ASAS-ASAS ISLAM..

Renung-renungkan..^_^ 

Segala yang saya sampaikan ini, semuanya untuk dibincang bersama..dikongsi bersama.."sharing is caring!" right?? Andai ada yang ingin dibincangkan, silakan..saya amat mengalau-alukan..mudah-mudahan kita dapat berkongsi pendapat dan maklumat.


Monday, August 23, 2010

KITAB KUNING..~



~sekadar gambar hiasan~

Kitab kuning??
Ape tu??
Ha..kalau kawan-kawan nak tahu, Kitab adalah perkataan arab, yang mana aksudnya adalah buku.
Kitab = Buku
Kutub = Buku-buku

Aik??
Bukan tadi kata kitab kuning ke??
ni kitab biru namanya..warnanya pon da jelas-jelas biru..(ni yang musykil ni..)

Haah kan, kenapa dipanggil Kitab Kuning??
Ia dipanggil kitab kuning kerana ia adalah kitab lama. Kitab ini telah dikarang oleh ulama'-ulama' dahulu kala..

Bile kitab lama, pasti kita akan gambarkan kitab yang warna kuning kn?? da usang.. kitab yang kadang-kadang, kita pon xpaham ape yang ditulis didalamnya.. Kebiasaannya, kitab ni dalam bahasa arab dan ada juga dalam tulisan jawi. Rumi?? xada kot..huhu

Kitab Kuning ni ada banyak cabangnya..Tapi, apa yang penting ia menyeluruh! Setiap ilmu yang dikarang didalamnya, diterangkan bermula dari akar hingga ke pucuk..bak kata orang, A to Z.. Secara seluruhnya dan dari segala aspek..:)

Hm..hebat kan karya orang dulu..ilmunya lengkap dan luas. Xmacam kita, khusunya saya. Baru belajar banyak mata pelajaran sikit, sudah berserabut kepala otak. Alamak, pecah rahsia saya! Tapi, memang saya akui..zaman sekarang, pemikiran manusia tidak seperti pmikiran orang dahulu..tambah lagi, kita terikat dengan ideologi liberalisme, sekularisme dan lain-lain.

Ooops! da terlari tajuk..Kita kembali semula,

Cuba kalian bayangkan, Kitab Kuning yang dikarang oleh ulama'-ulama' dahulu itu pon da cukup banyak ilmu terkandung di dalamnya..inikan pulak, nak banding dengan kitab Penciptanya(manusia). Tentu-tentunya jauh panggang dari api beza ketinggian ilmunya.

Subahanallah..Marilah bersama-sama kita menghayati KitabNya yakni Al-Quranul Kareem..bersempena penurunannya di dalam bulan yang mulia ini..yakni Ramadhan mubarak!^_^

Saturday, August 14, 2010

INDAHNYA..~

Dalam masa yang senggang ini..
aku cuba isi dengan aktiviti yang bermanfaat..
maklumlah, bulan ramadhan..segala amalan / ibadah kita diberi ganjaran berganda-ganda..rugi sangatla kalau aku membuang masa begitu sahaja. Bagi aku, inilah masa yang paling baik untuk aku berubah. Aku perlu rebut peluang ini.

titik perubahan bermula disini..:)


~hati~

pernah aku mendengar, orang cakap, "Andai kau ingin berubah, jangan bertangguh!! bermula dari sekarang!" Jadi, aku fikir, sekaranglah titik permulaannya. Hatiku perlu diberi penyuluh..rohaniku dahagakan cahaya..jasadku meronta-ronta..agar ia tidak lagi disalah guna. mudah-mudahan titik pemula ini tidak seperti hangat-hangat tahi ayam. Doakan aku ya!!

Aku memulakan hari yang indah ini dengan membaca blog sahabat-sahabatku..
Wah! karya mereka sungguh memberangsangkan..ada yang mengeluarkan pendapat, ada yang suka memberi informasi terkini, ada yang mempromosikan produk dan tidak kurang juga yang menceritakan perihal berlaku pada diri.

Bahagia rasanya..melihat sahabat-sahabatku membangun. Disamping itu, terasa kerdil juga diri ini.. Subahanallah!! CiptaanMu Tuhan, ilmu yang satu mempunyai pelbagai tafsiran serta cabangnya. Impressed!!
Sungguh luas ilmuMu Tuhan.. Moga aku dapat membangunkan diriku seiring dengan semasa. MEMBANGUN BERSAMA ISLAM! 

"Orang yang paling rugi di dunia ini adalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam"

renung-renungkan dan hayatilah!

Friday, August 13, 2010

RASA KASIH DAN SAYANG..~

Seumur hidup aku, aku sentiasa dikelilingi oleh kawan-kawan yang hebat. Sedangkan dirku bukanlah insan yang hebat. Aku cukup hargainya. kawan-kawanku sangat mmengambil berat akan diriku dan selalu menemaniku dikala aku kesenangan mahupun kesusahan. Kini, kenalan yang baik, semua ku gelarkan sahabat!


Teringat aku akan kisah Kekasihku..
Dia mempunyai 2 orang sahabat yang paling rapat. Kemana saja Dia pergi, pasti ditemani oleh sahabatnya. Budi pekerti Kekasihku sangat mulia. Ramai orang senang berkawan dengannya. Kebaikannya tidak mampu disangkal sekalipun oleh musuhnya. Sahabatnya sentiasa menjaga kemaslahatan dirinya. Begitu juga Dia. Dia pernah cakap,

"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi  dia tidak mengasihi sahabatnya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri."

Begitulah kasihnya kekasihku kepada sahabatnya. Kekasihku sanggup berkongsi sebiji tamar kekasihku bersama sahabatnya. Sedangkan itulah satu-satunya makanan yang kekasihku ada dan disantap hari itu. Tidak kalah juga sahabat Kekasihku yang sanggup meninggalkan segalanya demi mengikut Kekasihku berhijrah. Kekasihku sentiasa mendahulukan orang lain berbanding dirinya sendiri. Pernah aku mendengar pepatah berkata, " Kawan kita menggambarkan siapakah kita"

"Andai kau berkawan dengan penjual pewangi,
maka haruman itu akan melekat padamu..
Andai kau berkawan dengan tukang besi,
maka serpihan besi itu akan melekat padamu."
Terserah padamu..kawan manakah yang ingin kau pilih..

Salah seorang sahabat kekasihku pernah berkata, "Andai rakyatku memiliki kemewahan, akulah orang yang terakhir merasainya..tetapi, andai rakyatku menerima penderitaan, akulah orang yang pertama merasainya" Huh!! indahnya persahabatan Kekasihku.. Kekasihku, sikapnya tegas! tetapi lembut di waktu yang lain. Dia pemurah walaupun miskin. Dia kaya (budi pekerti) dan bijak. Kekasihkulah orang TERBAIK yang pernah ku kenali. Aku jamin!!

Ingin tahu siapakah kekasihku yang hebat itu??
Dialah, Utusan Allah!! Dialah Muhammad Bin Abdullah...


Wednesday, August 11, 2010

RAMADHAN KAREEM...~


Ahlan wasahlan ya ramadhan..!!

Alhamdulillah..sampai juga usiaku hingga ke bulan ramadhan tahun ini. Syukur ke hadratmu Ya Allah! Bercakap mengenai syukur ni, tahukah kalian yang umat Nabi Muhammad adalah umat yang PALING BANYAK beryukur. Betol ke??
Hm..inilah yang kite perlu renung2kan.. ^_^

Aku ni asyik kne timpa malang jer, ape yang aku nak syukurkan sangat?? Nasib aku da macam "sudah jatoh ditimpa lif" da..patut ke aku bersyukur?? Aku nak air, orang bagi api.. Aku nak makan, orang bagi aku minum.. Aku nak bunga, orang bagi aku kaktus..Ape aku nak semua ak xdapat. Wajarkah aku bersyukur??

bingung..#_#


"Allah tidak akan menguji hambaNya lebih dari kemampuan dirinya(hambanya) sendiri."(Al-Baqarah:286)
"Setiap kejadian, pasti ada hikmahnya"
cube korang renung2kan ayat ni..korang akan faham. kenapa benda tu terjadi pada korang. Inilah jawapan untuk persoalan korang. Mungkin andai korang dapat ape yang korang mintak ktk itu, akn menyebabkan korang lupa diri. Korang akn leka. Bukankah bahaya tu. Benda 2 korang xkn nampak andai ia xterjadi. Bila dah jadi, implikasinya mendalam. impaknye sehingga akhir hayat andai korang xsedar.

Jadi, BERSYUKURLAH!! korang xnampak kesannya sekarang, tapi akan datang. RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL!!

Saturday, August 7, 2010

MAKIN CINTA, MAKIN BERGUNA~

Ape la benda yang makin dicintai, makin berguna buat kita??

Hm..adakah ia kekasih, harta atau dunia?

Ok, saya bagi 1 situasi dimana korang berada ditengah laut. Kapal pulak dah nak karam. Adakah semua diatas berguna buat anda?
ape yang berguna??



Ya! tepat sekali.. Sudah tentula ilmu yang paling berguna.
Kekasih = bila susah, masing-masing pentingkan diri..(bertarung nyawa la korang selamatkan diri MASING-MASING)
Harta = bila banyak harta dibawa, ia lah yang akan menenggelamkan kita..(lagi menyusahkan kita ada la)
Dunia = helo kawan, engkau da nak tenggelam. Ada masa lagi ke nak pikir tentang benda-benda dunia ni??
korang pikir tentang diri korang je waktu tu..tak layan da BOSS korang yang juga bakal tenggelam tu.

Sebenarnya, benda paling berguna waktu tu adalah ILMU. Korang tidak akan selamt andai korang takde ilmu untuk berenang. takde ilmu untuk menyelamatkan kawan korang yang laen. takde ilmu, takde ilmu, dan takde ilmu.

Seperti dalam hadis Nabi,
"Andai kamu hendakkan Dunia, maka hendaklah dengan ilmu.
 Andai kamu mahukan Akhirat, maka hendaklah dengan ilmu.
 Andai kamu hendakkan keDUAnya, maka hendaklah dengan ILMU!!"

tengokla..betapa pentingnya ilmu ni...klo korang nak tahu, dalam ISLAM, ilmu ada dua cabang.
1) ILMU FARDHU AIN
2) ILMU FARDHU KIFAYAH

*1) ILMU FARDHU AIN
  • ilmu yang WAJIB dituntut oleh setiap orang.
  • lebih pada pegangan hidup kite sebagai UMAT ISLAM
  • Ia adalah, Aqidah, Sirah, Feqah, Tasawwur & seumapanya..:)
 *2) ILMU FARDHU KIFAYAH
  • ilmu yang SUNAT dituntut.
  • lebih pada ilmu Dunia
  • Ia adalah, sains, matematik, bahasa melayu & lain-lain.
kalau korang nak tahu, ada 1 buku yang merangkumi semua ilmu ni...nak tahu x??
kte nantikan dlm siri akan datang ye..hee ^_^

Tuesday, August 3, 2010

SEUNTAI KATA~

Assalamualaikum w.b.t,

Salam perkenalan buat pembaca. Hm..aku baru je memulakan langkah membuat blog ni. Bak kata orang, baru merangkak.

 Buah cempedak diluar pagar,
 Ambil galah tolong jolokkan,
 Saya budak baru belajar,
 Kalau salah tolong tunjukkan.

Kenapa aku pilih bintang sebagai pengenalan blog aku yerr??

Kalau korang nak tahu, bintang ni adalah penghias tau..Penghias alam semesta, penghias bumi, penghias langit dan penghias Al-Quran. Penghias Al-Quran?? mana ada bintang dalam Quran kita kn?? hehe..ni ayat kiasan je.. Cuba kita baca tafsiran Quran..hm, kat situ kite boleh nampak yang bintang ni merupakan hiasan yang indah. tapi jangan xpercaya! ia bukan calang-calang perhiasan.. Ia juga digunakan sebagai senjata untuk menembak iblis dan syaitan! Hebat x bintang ni..Subhanallah..ciptaan Tuhan!!